Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee puji atlet S'pura

Oct 6, 2021 | 5:30 AM
MEMBANGGAKAN: PM Lee bergambar bersama perenang para Yip Pin Xiu di Parlimen semalam. - Foto FACEBOOK/LEE HSIEN LOONG
MEMBANGGAKAN: PM Lee bergambar bersama perenang para Yip Pin Xiu di Parlimen semalam. - Foto FACEBOOK/LEE HSIEN LOONG -

KEKUATAN mental, kerja keras dan daya tahan diperlukan untuk bersaing di persada dunia, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong, memuji keupayaan atlit Singapura menyesuaikan diri dengan keadaan pandemik demi memberi yang terbaik untuk negara.

Beliau berkata penyertaan atlit Singapura dalam acara sukan gah Olimpik dan Paralimpik di Tokyo tahun ini boleh memperluas pengalaman mereka, terutama 21 atlit yang pertama kali menyertainya. Tambahan pula mereka mencatat lima rekod nasional, tujuh rekod peribadi dan empat prestasi terbaik pada dua acara itu.

"Untuk bersaing dengan antara atlit terbaik dunia bukan mudah. Ia memerlukan kekuatan mental, kerja keras, kemahiran dan bakat. Pandemik ini menjadikannya lebih mencabar.

"Atlit kita mampu menyesuaikan diri, berdaya tahan dan memberi yang terbaik untuk Singapura. Mereka membuktikan bahawa impian harus dikejar," kata PM Lee.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg