Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PM Lee temui PM Ismail Sabri, bincang pelbagai bidang kerjasama

Nov 29, 2021 | 10:23 PM
Encik Lee (kanan) menyambut ketibaan Datuk Seri Ismail Sabri di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada Isnin (29 Nov).
Encik Lee (kanan) menyambut ketibaan Datuk Seri Ismail Sabri di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada Isnin (29 Nov). - MCI

PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menyambut Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ke Singapura pada Isnin (29 Nov) iaitu hari pertama Laluan Perjalanan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) darat dan udara antara kedua-dua negara itu bermula. Dalam satu kiriman Facebook, Encik Lee berkata setelah beberapa kali berbual di telefon sejak Datuk Seri Ismail menyandang jawatan perdana menteri Ogos lalu, beliau gembira mereka kini dapat bersemuka. "Beliau tiba melalui Koswe, yang sebelum pandemik merupakan antara lintasan darat paling sibuk di dunia," kata Encik Lee. Dengan pelancaran aturan VTL, keluarga dan orang-orang tersayang di kedua-dua bahagian dapat disatukan semula setelah terpisah buat tempoh yang berpanjangan, tambahnya. "Kami merancang meluaskan VTL secara progresif dan selamat, jika Covid-19 mengizinkan," katanya. Encik Lee berkata beliau dan Datuk Seri Ismail telah berbincang tentang pelbagai bidang kerjasama mereka. "Saya menantikan untuk bekerjasama dengan beliau bagi memperdalam persahabatan lama dan berbilang aspek kami. "PM Ismail juga telah menjemput saya untuk mengunjungi Malaysia, dan saya menantikan untuk melakukan demikian," kata Encik Lee.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg