Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee terima dos ketiga vaksin Covid-19

Sep 17, 2021 | 10:11 AM



Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah mendapatkan suntikan 'booster', iaitu dos ketiga vaksin Covid-19 di Hospital Besar Singapura (SGH) pada pagi Jumaat (17 September).



Beliau berkongsi video beliau mendapatkan suntikan itu dan menggesa individu yang ditawarkan suntikan tersebut menerima tawaran itu. 



Jawatankuasa Pakar bagi Covid-19, yang antara lain menasihatkan pemerintah mengenai vaksinasi Covid-19, mencadangkan suntikan ketiga bagi warga emas 60 tahun dan ke atas atau yang tinggal di rumah jagaan orang tua, serta individu yang  mempunyai daya tahan tubuh lemah. 



"Saya harap anda menerimanya, jika ditawarkan suntikan booster," kata Encik Lee, menulis di Facebook.



"Ia akan mengurangkan risiko anda jatuh sakit teruk atau memerlukan jagaan di unit penjagaan rapi (ICU)."



Warga emas yang telah melengkapkan dua dos vaksin sekurang-kurangnya enam bulan yang lalu akan menerima SMS dengan pautan tersendiri untuk membuat janji temu.



Setakat 15 Sep 2021, 82% daripada seluruh penduduk kita telah menjalani regimen penuh mereka/mendapatkan 2 dos vaksin, dan 84% telah mendapatkan sekurang-kurangnya 1 dos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >