PERDANA Menteri Lee Hsien Loong berkata sikap puas hati yang menganggap tahap keharmonian kaum dan agama di sini tidak lagi boleh memecahbelahkan masyarakat adalah sikap merbahaya.
Ini kerana isu kaum dan agama kekal sensitif dan sukar, malah dalam beberapa aspek lebih rumit hari ini.
Meskipun Singapura membincangkan isu sensitif dengan lebih terbuka hari ini, perbincangan itu perlu terus diadakan secara berhati-hati.
Keharmonian kaum dan agama di Singapura "tidak jatuh dari langit" tetapi diusahakan secara sengaja sepanjang masa.
Encik Lee berkata demikian semasa berucap di Persidangan Pemimpin Masyarakat anjuran OnePeople.sg di Grassroots Club di hari ini.