Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Malaysia Mahathir Mohamad diberi anugerah doktor kehormat NUS

Nov 13, 2018 | 12:17 PM



BAGI mengiktiraf pencapaian cemerlang alumninya, Universiti Nasional Singapura (NUS) telah menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.



Penganugerahan itu, yang disampaikan di kampus Kent Ridge NUS pada Selasa,  dipengerusikan Presiden Singapura, Puan Halimah Yacob yang juga Canselor NUS.



Tun Dr Mahathir, yang merupakan alumni instituisi awal (predecessor) NUS, Kolej Perubatan King Edward VII, menerima penganugerahan Ijazah Doktor Kehormat Undang-Undang sebagai mengiktiraf kepimpinan cemerlangnya di Malaysia serta sumbangan berterusan terhadap hubungan dua hala yang kukuh antara Singapura dengan Malaysia.



Isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali , alumni di kolej yang sama, turut diberi Anugerah Perkhidmatan Alumni Cemerlang NUS atas sumbangannya sebagai pengasas dan contoh inspirasi bagi doktor wanita di Malaysia selain sumbangan cemerlangnya dalam kesihatan awam di Malaysia.



Antara bekas penerima Ijazah Kehormat Undang-Undang NUS sebelum ini termasuk bapa pengasas negara dan alumni, Encik Lee Kuan Yew , dan Sultan Negara Brunei Darussalam, Sultan Haji Hassanal Bolkiah, manakala antara bekas penerima Anugerah Perkhidmatan Alumni Cemerlang NUS termasuk mantan Menteri Negara Kanan Ehwal Luar, Encik Zainul Abidin Rasheed.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >