Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:15
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

PM Penguasa Palestin lawat S'pura

Kunjungan pertama PM warga Palestin ke sini susulan pembukaan Pejabat Perwakilan S'pura di Ramallah
Oct 27, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Penguasa Palestin (PA), Dr Mohammad Shtayyeh, mula mengadakan lawatan ke Singapura bermula semalam sehingga lusa.



Menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA), ini merupakan lawatan pertama seorang perdana menteri warga Palestin ke Singapura.



"Dr Shtayyeh akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Presiden Halimah Yacob di Istana.



"Beliau juga akan bertemu dan dijamu dalam majlis makan tengah hari oleh Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong.



"Dr Shtayyeh juga akan mengadakan mesyuarat dengan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, serta Menteri di Pejabat Perdana Menteri, yang juga Menteri Kedua Pendidikan merangkap Menteri Kedua Ehwal Luar, Dr Mohamad Maliki Osman," tambah kenyataan itu.



Semasa di sini, Dr Shtayyeh dijadual melawat Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Timur untuk meninjau sistem pendidikan vokasional setempat, selain mengadakan lawatan ke Pusat Pengunjung NEWater untuk mempelajari tentang sistem pengurusan air.



Dr Shtayyeh ditemani Menteri Ehwal Luar dan Ekspatriat, Dr Riyad Al Maliki; Gabenor Penguasa Kewangan Palestin, Dr Feras Milhem; dan para pegawai kanan lain.



Lawatan Dr Shtayyeh dan para pegawai Palestin itu menyusuli pembukaan rasmi sebuah Pejabat Perwakilan Singapura di Ramallah baru-baru ini.



Pejabat tersebut bermatlamat menyelaras usaha pembinaan keupayaan seperti bantuan teknikal dan juga memperkukuh hubungan negara ini dengan PA, sekali gus memaparkan komitmen Singapura dalam menyokong keperluan pembinaan dan pembangunan kapasiti Palestin.



Pejabat tersebut telah dirasmikan Dr Maliki semasa lawatannya ke wilayah Palestin.



Dalam lawatannya itu, Dr Maliki juga telah mengadakan pertemuan dengan Dr Shtayyeh.



Mac lalu, Dr Balakrishnan, telah mengumumkan rancangan menyediakan pejabat perwakilan Singapura di wilayah Palestin di Ramallah semasa lawatannya pada ketika itu.



Tujuannya adalah memudahkan kerja penyelarasan menerapkan Pakej Bantuan Teknikal Dipertingkat (ETAP) berjumlah $10 juta bagi rakyat Palestin.



Ditubuhkan pada 2013, ETAP memberi tempat khusus bagi pegawai Palestin menjalani program bina keupayaan yang ditawar di bawah Program Kerjasama Singapura (SCP) dan juga lawatan pembelajaran khusus, antara lain.



Sejak penubuhannya, ETAP telah memberi manfaat kepada lebih 600 pegawai Palestin menerusi kursus seperti pentadbiran awam, pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional serta pembangunan ekonomi.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >