Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis pertikai kenyataan lelaki yang dakwa didera polis

Jul 06, 2021 | 05:30 AM



POLIS telah membantah tuntutan lanjut yang dibuat oleh seorang lelaki yang mendakwa bahawa beliau telah diserang oleh seorang pegawai polis.



Dalam satu kenyataan semalam polis berkata mereka menyedari tuduhan lanjut Encik See Kian Beng, yang disiarkan oleh The Online Citizen Asia.



See telah ditahan pada 14 Februari tahun lalu kerana memandu setelah meminum minuman keras dan dia mendakwa bahawa polis menggunakan kekerasan yang berlebihan terhadapnya.



Pada bulan lalu, polis membantah tuduhan awalnya, dengan mendedahkan bahawa dia meronta-ronta dan tidak bekerjasama semasa ditahan.



Polis juga telah menjalankan siasatan dalaman tetapi tidak menemui sebarang salah laku.



Berikutan penjelasan polis, Encik See membuat tuduhan lanjut, mengatakan bahawa ketika dia mengambil ujian analisa pernafasan awal di sekatan jalan polis, dia tidak diberitahu bahawa dia gagal ujian itu.



Polis berkata bahawa dakwaan itu bertentangan dengan apa yang dia beritahu polis.



"Tuntutan See bahawa dia tidak diberitahu bahawa dia telah gagal dalam ujian analisa nafas awal di sekatan jalan bertentangan dengan penerangan yang dia berikan kepada polis semasa siasatan," kata pernyataan polis.



"Dia telah mengakui bahawa dia telah 'gagal' ujian alat analisis nafasnya di sekatan jalan, dan disebabkan itu harus dibawa ke lokap untuk ujian lebih lanjut."



Polis menambah bahawa ketika Encik See dibawa ke lokap dengan sebuah van polis, dia tidak digari walaupun dia telah diberkas.



Ini kerana pegawai mempunyai budi bicara tidak menggunakan gari kepada seseorang.



See juga mendakwa dia telah memberitahu para pegawai bahawa dia mengalami rasa sesak.



Tetapi polis mengatakan bahawa See mengisytiharkan dia mengalami klaustrofobia ketika dia diperiksa oleh pegawai jururawat ketika diproses untuk dimasukkan ke lokap.



Dia dianggap layak ditahan dan ditempatkan di kawasan tahanan yang luasnya adalah kira-kira separuh flat tiga bilik HDB dengan siling tinggi dan panel lutsinar yang menghadap ke koridor umum.



Dia kemudian dipindahkan ke sel yang yang berlapik kerana dia mengancam akan mencederakan dirinya sendiri.



The Online Citizen Asia telah menyiarkan sepucuk surat daripada pegawai perubatan yang mengatakan Encik See telah gagal melakukan imbasan MRI pada 2016 kerana dia mengaku menderita klaustrofobia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >