Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis siasat kematian lelaki yang rakam video wanita bawah skirt

Nov 04, 2019 | 01:43 PM



SALAH satu daripada lima orang awam yang menolong menangkap seorang lelaki berusia 46 tahun dipercayai mengambil video bawah skirt seorang wanita berkata beliau tidak berniat untuk menyebabkan kematian lelaki itu.



Dalam interviu bersama akhbar berbahasa Cina, Shin Min Daily News, lelaki itu berkata beliau mengejar lelaki itu setelah ternampak dia merakam video seorang wanita di stesen MRT Little India, Jumaat lalu (1 November).



Beliau kemudian berjaya menangkap lelaki itu di Niven Road dengan pertolongan orang lain.



Beliau memberitahu Shin Min bahawa beliau melepaskan genggamannya apabila lelaki itu mula muntah, dan menambah bahawa beliau tidak mencekik lelaki itu sehingga mati.



Pelaku itu sudah tidak bergerak dan tiada nadi apabila pegawai tiba di tempat kejadian, kata polis. Lelaki itu kemudian disahkan mati oleh paramedik.



“Kami hanya melakukan tugas sivik kami, dan hanya menunggu ketibaan polis,” tambahnya lagi.



Kes ini telah dianggap sebagai kematian luar biasa dan polis sedang menyiasat.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >