Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis siasat wanita jerit semasa prosiding perbicaraan warga Britain berkaitan pelitup

Aug 21, 2021 | 05:30 AM



POLIS sedang menyiasat seorang wanita berusia 51 tahun yang dilihat menjerit semasa perbicaraan Benjamin Glynn pada Rabu lalu.



Jurucakap polis berkata Pejabat Peguam Negara (AGC) telah memberi kuasa kepada polis untuk melakukan siasatan dan kes itu telah disifatkan sebagai penghinaan mahkamah.



Wanita itu disyaki telah mengganggu prosiding mahkamah semasa perbicaraan jenayah, dan sedang disiasat di bawah Akta (Perlindungan) Pentadbiran Keadilan.



Glynn, 40 tahun, seorang warga Britain, sedang dibicarakan pada Rabu lalu kerana tidak mengaku bersalah terhadap empat tuduhan tidak memakai pelitup, mengganggu polis dan menyebabkan gangguan awam.



Dia telah didapati bersalah dan dihukum penjara enam minggu pada hari yang sama.



Mahkamah telah mengalami beberapa kelakuan aneh dari dok dan galeri semasa perbicaraan itu.



Sebelum pengakuan Glynn diambil, dia telah bertanya kepada Timbalan Pendakwa Raya Timotheus Koh sama ada beliau menerima pesanan daripada nenek Glynn yang telah meninggal dunia.



Semasa perbicaraan, wanita itu, yang hadir di mahkamah untuk memberi sokongan kepada Glynn, mula memegang-megang pelitup yang digunakannya sebelum menanggalkannya.



Mahkamah Daerah Eddy Tham melihat perbuatan itu dan mengarahkan wanita itu agar keluar. Namun, beliau enggan berbuat demikian dan berkata pelitupnya "pecah".



Menyusuli itu, wanita tersebut diminta keluar lagi, tetapi beliau enggan patuh dan mula berteriak 'mahkamah kanggaru' beberapa kali.



Frasa 'mahkamah kanggaru' itu boleh membawa maksud mahkamah yang tidak mengendahkan keadilan dan mengabaikan bukti dan proses yang sewajarnya.



Apabila pegawai polis cuba membawa wanita itu keluar, beliau menjerit dan melarang mereka menyentuhnya, dan berkata beliau adalah 'wanita hidup' yang tidak mempunyai kontrak dengan mereka.



Wanita itu juga berkata:



"Saya tidak menghormati hakim itu."



Prosiding mahkamah dihentikan buat sementara dan wanita itu diiring keluar.



Di luar mahkamah wanita itu berkata memakai pelitup tidak perlu.



Apabila diberitahu beliau tidak dibenarkan memasuki mahkamah lagi, beliau mempersoal pegawai-pegawai itu.



Beliau berkata:



"Mengapa saya tidak boleh masuk semula? Adakah beliau (hakim) takut saya memanggilnya kanggaru lagi?"



Menyusuli itu, polis menahan wanita itu apabila beliau cuba beredar.



Wanita itu boleh didengar memberitahu polis beliau seorang warga Singapura dan menyatakan nombor kad pengenalannya.



Beliau kemudian dibawa ke sebuah bilik di Mahkamah Negara itu dan disoal polis sebelum dilihat meninggalkan bangunan pada sekitar 1 tengah hari.



Mereka yang didapati bersalah menghina mahkamah berhubung prosiding di Mahkamah Negara boleh dipenjara sehingga setahun dan didenda sehingga $20,000.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >