Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis terima ancaman bom di 18 lokasi termasuk bangunan pemerintah

Aug 23, 2023 | 02:06 PM



Polis telah menerima laporan mengenai dakwaan ancaman bom di 18 lokasi di seluruh negara pada pagi Rabu, termasuk bangunan pemerintah, kedutaan dan tempat lain.

Polis menjalankan pemeriksaan keselamatan di tempat-tempat itu setelah menerima laporan itu pada sekitar 9.10 pagi, dan tidak menemui sebarang perkara yang membimbangkan keselamatan.

“Polis sedang menyiasat kes penyampaian maklumat palsu berkaitan perkara berbahaya di bawah Seksyen 268A Kanun Keseksaan 1871,” kata Pasukan Polis Singapura (SPF).

Kesalahan itu membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda maksimum $50,000, atau kedua-duanya sekali.

“Polis sedar bahawa laporan serupa tentang e-mel ancaman bom yang dihantar oleh orang yang sama, telah diterima oleh (Korea Selatan) baru-baru ini, yang ternyata adalah tipuan,” tambah SPF.

“Polis memandang serius semua ancaman keselamatan dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang dengan sengaja menyampaikan maklumat palsu mengenai ancaman bom.”

Polis memberi kenyataan itu kepada Berita Harian setelah Bangunan Sekitaran, yang menempatkan Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE), agensi air negara, PUB, dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menghadapi sekatan pada Rabu disebabkan “keadaan keselamatan.”

MSE dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa NEA dan PUB telah menerima ancaman bom berkaitan Bangunan Sekitaran di 40 Scotts Road.

“Siasatan awal telah dijalankan Polis dan pegawai keselamatan di Bangunan Sekitaran dan tiada barangan ancaman didapati.

“Keselamatan semua kakitangan dan pihak berkepentingan Bangunan Sekitaran ialah keutamaan kami,” kata MSE.

MSE juga berkata ia telah meningkatkan keselamatan dan menyekat akses kepada bangunan itu sejak pagi Rabu.

Dalam satu catatan Facebook pada Rabu, Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, berkata:

“Ketika menghadiri mesyuarat Asean di Vientiane, Laos, saya terima berita dari tanah air bahawa terdapat keadaan keselamatan sedang berlaku di Bangunan Sekitaran. Polis telah bekerjasama dengan pegawai keselamatan di premis itu bagi pemeriksaan awal dan tiada barang ancaman ditemui.”

Cik Fu menambah bahawa beliau sedang memantau perkembangan itu dengan rapat dan sentiasa berhubung dengan rakan sekerja.

Video di forum Hardwarezone menunjukkan orang ramai meninggalkan bangunan tersebut, dengan sekurang-kurangnya dua kenderaan polis di lorong memandu.


Ketika akhbar The Straits Times (ST) tiba di tempat kejadian sebelum 1 tengah hari, terdapat papan tanda yang menunjukkan:


“Kami mempunyai keadaan kecemasan. Bangunan di bawah perintah berkurung.”

Seorang pekerja yang enggan identitinya didedahkan, memberitahu ST bahawa terdapat e-mel daripada pihak pengurusan kemudahan pada sekitar 10 pagi yang mengatakan terdapat keadaan kecemasan dalam bangunan, yang kemudian diletakkan di bawah perintah berkurung. Pekerja boleh meninggalkan bangunan sekiranya mereka ingin berbuat demikian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >