Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Portal sumber bagi pesakit, pengasuh demensia dilancar

Sep 22, 2021 | 05:30 AM



SATU portal sumber dalam talian baru untuk mereka yang menghidap demensia dan pengasuh mereka, serta aplikasi baru yang membantu dalam pengesanan awal simptom pra-demensia dilancarkan semalam.



Ini sempena Hari Alzheimer Sedunia, yang jatuh semalam dan diperingati di seluruh dunia.



Pelancaran itu memulakan acara dan aktiviti selama sebulan yang bertujuan meningkatkan kesedaran dan mencabar stigma demensia.



DementiaHub.SG, dilancarkan oleh agensi perkhidmatan sosial Dementia Singapore dan Agensi Penjagaan Bersepadu, mempunyai sumber untuk empat kumpulan - anggota masyarakat atau syarikat, orang yang mengalami demensia, pengasuh orang yang mengalami demensia dan karyawan penjagaan.



Ia mempunyai artikel mengenai pengurusan simptom demensia, produk dan khidmat sokongan, penjagaan diri, serta kit alat dan video tentang penjagaan demensia, senaman dan saranan pemakanan.



Ketua eksekutif Dementia Singapore, Encik Jason Foo, berkata setelah didiagnosis, orang yang menghidap demensia dan pengasuh mereka sering terkial-kial mendapatkan lebih banyak maklumat yang sering diperoleh daripada pelbagai laman web setempat dan antarabangsa.



"Tetapi tidak semua sumber boleh dipercayai, disahkan atau relevan dalam konteks Singapura. Kami melihat perlunya maklumat yang tepat dan relevan mengenai demensia untuk disusun dan dikongsi di wadah awam umum," katanya.



Ketua eksekutif Agensi Penjagaan Bersepadu, Encik Tan Kwang Cheak, berkata di Singapura, satu dalam 10 warga emas berusia 60 tahun dan ke atas - atau sekitar 86,000 orang - mungkin mengalami demensia, dan bilangannya dijangka naik menjadi 130,000 atau lebih menjelang 2030.



Pembangunan lanjut kepada portal itu akan merangkumi kandungan yang disediakan dalam bahasa Cina, Melayu dan Tamil.



Turut dalam perancangan ialah kandungan yang lebih disesuaikan, bahan dari pakar, dan juga peluang latihan, kata Dementia Singapore.



Secara berasingan Institut Neurosains Nasional (NNI) dan SingHealth melancarkan aplikasi baru untuk membantu dalam pengesanan awal pra-demensia, atau gangguan kognitif ringan, dan untuk membantu pengasuh orang yang mengalami demensia menguruskan tekanan mereka.



Aplikasi Memory Care itu mengandungi senarai semak untuk memantau kemungkinan tanda penurunan kognitif dan tekanan pengasuh, dan memberi pengguna nasihat dan maklumat relevan berdasarkan keputusannya.



Selepas pembangunan dan pengujian selama sembilan bulan, aplikasi baru itu kini boleh didapati dalam aplikasi mudah alih Health Buddy sedia ada SingHealth.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >