Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Poster PM di seluruh negara: Tidak langgar aturan pilihan raya

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Poster PM di seluruh negara: Tidak langgar aturan pilihan raya

Sep 03, 2015 | 02:22 PM

MENGGUNAKAN wajah seorang pemimpin parti politik pada poster di kawasan undi yang tidak ditandinginya tidak menyalahi undang-undang, jelas Jabatan Pilihan Raya (ELD) Khamis (3 Sep).

Merujuk kepada maklumat di halaman Factually Gov.Sg, jabatan itu berkata:

"Di bawah undang-undang, wajah pemimpin parti politik boleh digunakan pada poster bagi calon yang bertanding bagi parti politik itu, kerana pengundi dapat mengaitkan pemimpin parti politik itu dengan parti politik tersebut.

"Ini telah menjadi amalan dalam pilihan raya lalu."

Apabila poster pilihan raya mula dipasang pada Rabu (2 Sep), poster Perdana Menteri Lee Hsien Loong muncul di seluruh negara, bukan di GRC Ang Mo Kio, tempat beliau bertanding, sahaja.

Calon Parti Rakyat Singapura (SPP), Cik Lina Chiam, mempersoalkan kehadiran poster itu di SMC Potong Pasir, tempat beliau bertanding, dan meminta ia diturunkan.

Calon Parti Tindakan Rakyat (PAP), yang diketuai Encik Lee, bagi SMC Potong Pasir ialah Anggota Parlimen (AP) penyandang, Encik Sitoh Yih Pin.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3