Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PPIS agih sanitiser tangan kepada lebih 250 pekerja barisan depan

Mar 03, 2020 | 05:30 AM



BAGI memastikan kakitangan yang bertugas di barisan depan lengkap dalam langkah-langkah mencegah wabak Covid-19 di sini, Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) telah mengagihkan sanitiser tangan yang dibungkus sendiri kepada lebih 250 kakitangannya semalam.



Inisiatif ini, yang sebahagian insiatif dari peringkat bawah ke atas atau 'ground up' PPIS, #OnePPIS, menyatukan sekumpulan kakitangan dari ibu pejabat persatuan itu membungkus sanitiser tangan ke dalam botol khusus untuk kegunaan peribadi bagi rakan sekerja mereka.



Ia bertujuan untuk memastikan semua kakitangan termasuk pekerja sosial dan guru dilengkapi dengan sanitiser tangan mereka sendiri.



Malahan, mereka juga dibimbing bagaimana untuk membersihkan tangan mereka mengikut cara enam langkah pembersihan yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).



Pengarah Komunikasi Korporat dan Pembangunan Sumber PPIS, Encik Farid Hamzah, berkata:



"Sebagai sebuah persatuan khidmat sosial, PPIS akan terus menjalankan tanggungjawab kami kepada masyarakat untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan kepada keluarga dan kanak-kanak yang di bawah jagaan kami dan juga kakitangan kami.



"Ini adalah sebahagian budaya PPIS yang bersifat penyayang dan memberi di kededua tempat kerja dan di rumah."



Persatuan itu mempunyai 16 pusat di seluruh Singapura.



Jika keadaan wabak koronavirus itu berterusan, PPIS merancang untuk mengagihkan sanitiser tangan kepada keluarga dan kanak-kanak di bawah jagaan persatuannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >