Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PPIS hargai tumpuan Belanjawan, selaras usaha sokong wanita, perkukuh keluarga

Feb 21, 2022 | 05:30 AM



PERSATUAN Pemudi Islam Singapura (PPIS) melahirkan penghargaan tumpuan Belanjawan 2022 terhadap pelaburan pada sumber manusia, menaikkan gaji pekerja berpendapatan rendah, meningkatkan kecukupan persaraan dan membina masyarakat penyayang serta masyarakat inklusif.



Dalam kenyatannya PPIS berkata usaha sedemikian, yang menjurus ke arah mengukuhkan kompak sosial selepas pandemik, adalah selaras dengan usaha bersepadu PPIS dalam menyokong wanita dan mengukuhkan keluarga.



"PPIS juga mengalu-alukan sokongan tambahan yang ditawarkan kepada badan amal, termasuk tambah nilai $26 juta kepada Dana Keupayaan bagi pertubuhan kebajikan sukarela (VWO) dan badan kebajikan.



"Kami merancang untuk menggunakan pembiayaan ini untuk mengukuhkan lagi tadbir urus, pengurusan dan keupayaan digital organisasi," ujar kenyataan PPIS lagi.



Selain itu, $100 juta tambahan kepada Program Pengumpulan Dana Dipertingkat akan membolehkan PPIS membiayai program dengan lebih baik bagi memenuhi keperluan wanita dan keluarga mereka, ujar PPIS.



Menyentuh tentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dinaikkan daripada 7 peratus kepada 9 peratus secara bertahap bermula tahun depan, PPIS berkata Pakej Jaminan Dipertingkat berjumlah $6.6 bilion yang bertujuan mengurangkan kesan terhadap kenaikan GST dapat membantu golongan lebih terjejas kepada kenaikan tersebut.



Menyentuh tentang Pakej Sokongan Isi Rumah berjumlah $560 juta yang akan membantu keluarga menghadapi harga barangan yang lebih tinggi dan peningkatan inflasi global, PPIS menyokong langkah yang disasarkan bagi menangani cabaran yang dihadapi golongan mudah terjejas termasuk keluarga berpendapatan rendah, pekerja bergaji rendah dan warga tua.



"Selain menyokong kumpulan yang mudah terjejas, Belanjawan menekankan untuk melabur dalam anak-anak kita dengan memberikan mereka akses dan peluang yang sama, dan dalam pendidikan sebagai sama rata sosial.



"Sebagai rakan kongsi Program KidStart, kami juga gembira dengan pengembangan Rangkaian Masyarakat Uplift di seluruh negara.



"Di bawah skim ini, rakan dan agensi khidmat sosial seperti PPIS dapat menyokong kanak-kanak yang bersekolah dalam keluarga kurang bernasib baik dengan lebih baik, mendaftar masuk mereka dengan kerap dan sediakan bimbingan,'' ujar PPIS.



PPIS katanya lagi kekal komited untuk bekerjasama dengan masyarakat, agensi awam dan rakan kongsi yang sehaluan bagi memastikan tiada jurang dalam perkhidmatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >