Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PPIS lancar dapatan kajian aspirasi wanita Muslim SG

Mar 20, 2022 | 05:30 AM



MENJADI seorang wanita Muslim yang baik, mampu berdikari daripada segi kewangan dan menjadi lebih sihat menerusi senaman atau amalan pemakanan lebih baik.



Ini merupakan antara tiga aspirasi utama hasil kajian Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) bagi mengetahui aspirasi wanita Muslim di sini.



Dapatan Kajian Wanita Muslim Singapura (AMWR) itu dilancarkan dalam satu acara semalam sempena Hari Wanita Sedunia (IWD) yang turut dihadiri tetamu terhormat Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling.



Dalam ucapannya, Cik Sun memuji sumbangan positif yang dilakukan PPIS menerusi kajian tersebut.



"Kajian ini memang wajar dipuji kerana ia meneliti aspirasi dan nilai wanita Muslim Singapura agar dapat membangunkan program dan khidmat berdasarkan bukti yang lebih relevan," katanya.



Menurutnya, PPIS merupakan antara rakan kongsi masyarakat Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan juga sepanjang setahun lalu terlibat dalam Perbincangan mengenai Pembangunan Wanita Singapura yang berakhir tahun lalu.



Perbincangan itu bertujuan mendekati dan memahami aspirasi wanita Singapura.



Sebanyak 160 perbincangan yang mendekati hampir 6,000 peserta telah dijalankan.



PPIS juga, tambah Cik Sun, telah menyerahkan saranan persatuan itu bagi Kertas Putih tentang Pembangunan Wanita Singapura.



Kertas Putih itu akan dibentangkan di Parlimen kelak.



Mengulas tentang hasil kajian itu, Presiden PPIS, Cik Hazlina Abdul Halim berkata, kajian itu memberi peluang kepada pertubuhan itu untuk memahami apakah gambaran kejayaan, keinginan dan komitmen wanita Islam dalam mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat.



"Keseimbangan ini tidak boleh dicapai dalam sekelip mata. Ia mengambil masa.



"Namun dalam pada itu, adalah penting untuk mengongsi aspirasi wanita Muslim kepada lebih ramai dalam masyarakat dan ini akan dilakukan PPIS dengan menyertai pelbagai usaha nasional," katanya.



Semasa acara itu, tiga wanita yang menempa nama dalam bidang masing-masing turut mengongsi laluan kerjaya mereka kepada sekitar 60 peserta yang hadir dalam talian.



Ia termasuk Ketua Pegawai Maklumat, Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Cik Shirin Hamid; pengasas agensi pemadanan pasangan elit, 'Date High Flyers International', Cik Anisa Hassan; dan paralimpik angkat berat, Cik Nur Aini Mohamad Yasli.



Antara yang hadir ialah pelajar Cik Wani Wardina Farid, 20 tahun, yang baru tamat pengajian Diploma Pengurusan Undang-Undang Politeknik Temasek.



Menurutnya, beliau terdorong dengan perkongsian barisan wanita itu terutama Cik Shirin, yang juga telah meraih Anugerah Jauhari Berita Harian tahun ini.



"Sebagai seorang pelajar, apa yang menarik perhatian saya tentang Cik Shirin ialah keberaniannya memasuki sektor yang dikuasai lelaki. Ini menunjukkan jika ada kemahuan, di situ ada jalan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >