Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PPIS sedia pusat khidmat sehenti khas wanita

Oct 29, 2023 | 05:40 AM



Golongan wanita yang memerlukan bantuan dalam pelbagai bidang – termasuk kerjaya, kewangan dan guaman – kini berpeluang mendapatkan sokongan lanjut menerusi ruang khas yang disediakan Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS).

Ruang tersebut – berukuran sekitar 90 meter persegi – diberi nama ‘RED Space’ dan terletak bersebelahan ibu pejabat PPIS di Blok 1 Eunos Crescent.

Pembukaan ruang itu dirasmikan Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam, tetamu terhormat acara perasmian itu pada Sabtu.

Bidang tumpuan ruang tersebut merangkumi khidmat bagi memenuhi keperluan wanita dalam bidang guaman, kerjaya, nasihat kewangan, serta menyediakan program kesihatan dan kesejahteraan, menurut PPIS.

Antaranya, golongan wanita boleh mendapatkan nasihat undang-undang dari peguam melalui sesi yang dikendalikan di ruang itu berdasarkan keperluan dan jadual tertentu.

Ruang tersebut juga diharap dapat dimanfaatkan bagi mendekati golongan wanita, termasuk mereka yang bukan terdiri daripada penerima bantuan di bawah PPIS, melalui acara seperti program kesihatan dan kesejahteraan, yang dianjurkan dengan rakan kongsi PPIS.

Semasa ditemui selepas majlis perasmian tersebut, Cik Rahayu berkata meskipun kini lebih ramai wanita yang berpeluang mempertingkatkan diri dan memasuki kerjaya berbeza, masih ada yang memerlukan sokongan tambahan.

“Ramai yang masih mungkin menghadapi situasi mencabar, tak tahu mana nak dapatkan sokongan.

“Justeru penting untuk ruang sebegini, banyak khidmat yang boleh diberikan kepada golongan wanita untuk bantu mereka dalam cara yang lebih menyeluruh dalam aspek berbeza dan membantu mereka meraih peluang sedia ada,” ujarnya.

Presiden PPIS, Cik Hazlina Abdul Halim, berkata beliau berharap ruang tersebut dapat menjadi ruang pilihan bagi wanita untuk mendapatkan sokongan, dorongan serta bantuan dalam usaha mencapai aspirasi mereka.

“Tumpuan utama sebagai permulaan adalah untuk memastikan khidmat yang disediakan adalah dari tiga tunggak iaitu pendidikan, kesejahteraan dan juga kerjaya.

“Kami percaya ini penting sebagai langkah pertama bagi wanita yang ingin mencari peningkatan, yang ingin mendapatkan bantuan lebih tepat dalam merealisasikan aspirasi masing-masing,” kata Cik Hazlina.

PPIS turut mengalu-alukan kerjasama dengan rakan kongsi masyarakat lain, dan menurut Cik Rahayu, ini memberikan ruang untuk sama-sama mengumpulkan sumber untuk menawarkan bantuan yang lebih menyeluruh.

Tambahnya, inisiatif seperti ini selaras dengan arah Melakar Hala Tuju Singapura atau Forward SG yang menggalak masyarakat memikul tanggungjawab bersama demi membantu anggota lain yang lebih memerlukan.

“Apa yang kita gambarkan adalah satu masyarakat di mana pemerintah menyediakan sokongan penting, tapi pada masa yang sama, seluruh masyarakat terpanggil melakukan sesuatu untuk sama-sama membantu. Ini tanggungjawab bersama,” katanya.

Cik Rahayu turut menambah beliau berbesar hati melihat badan-badan bantu diri yang ‘turun padang’ sama-sama membantu menaikkan martabat masyarakat terutama sekali mereka yang memerlukan bantuan tambahan.


“Kita perlu mencari ruang-ruang di mana terdapatnya kekurangan dan cuba mengisikan ruang itu, dan saya rasa ini penting dan selaras dengan usaha Forward SG untuk mengubah kompak sosial dalam masyarakat,” katanya.


Ruang tersebut boleh dimanfaatkan semua wanita berusia 18 tahun ke atas, tidak kira bangsa atau agama.

Ia dibuka pada Isnin, Selasa, Khamis dan Jumaat pada 9.30 pagi hingga 5 petang. Ia juga dibuka pada Rabu dari 1 tengah hari hingga 9 malam setiap dua minggu, dan pada Sabtu mulai 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari sebulan sekali. – SITI AISYAH NORDIN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >