Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden baru Muis kunjungi Masjid Al-Ansar bincang persiapan buka lebih banyak ruang solat

Aug 08, 2021 | 05:30 AM



PRESIDEN Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) Encik Saat Abdul Rahman mengunjungi Masjid Al-Ansar bagi meneliti operasi dan proses masjid itu sedang masjid-masjid di sini bersiap sedia untuk membuka lebih banyak ruang bagi jemaah melaksanakan ibadah mereka.



Semalam merupakan hari pertama Encik Saat, yang juga Editor Berita Harian/Berita Minggu (BH/BM) secara rasmi menjadi Presiden Muis yang kesembilan, mengambil alih jawatan daripada Haji Mohammad Alami Musa, yang mengundur diri.



Muis berkata Encik Saat merupakan seorang pemimpin masyarakat yang berpengalaman dan memahami cabaran sosiokeagamaan yang pelbagai dan keperluan masyarakat Islam.



"Beliau berharap untuk meneruskan tugas Muis dalam banyak bidang, termasuk meningkatkan interaksi dengan masyarakat dan pihak-pihak yang berkepentingan,'' kata Muis, dalam catatannya di FB, semalam.



Lawatan beliau ke Masjid Al-Ansar adalah untuk memantau operasi dan proses masjid sedang ia meningkatkan lebih banyak ruang yang selamat bagi masyarakat seiring dengan keadaan Covid-19.



Mulai Selasa ini, lebih ramai jemaah akan dibenarkan mengerjakan solat berjemaah jika mereka sudah mendapat suntikan vaksin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >