Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah anjur majlis hargai peserta Chingay 2023

Feb 09, 2023 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob telah menganjurkan majlis penghargaan bagi peserta Chingay 2023 semalam di Istana.



Ini adalah sebagai ucapan terima kasih atas sumbangan, tenaga dan usaha para peserta yang telah meluangkan masa hujung minggu lalu untuk persembahan Chingay di Bangunan F1 Pit.



"Sudah dua tahun kami tidak dapat menyaksikan perarakan Chingay secara fizikal. Saya percaya bahawa rakyat Singapura dan rakan-rakan di seluruh dunia berasa kagum dengan kerancakan persembahan yang dipersembahkan oleh lebih 3,000 bakat setempat dan antarabangsa," kata Puan Halimah dalam ucapannya semalam.



Sekitar 50 tetamu telah menghadiri majlis penghargaan tersebut yang terdiri daripada beberapa penaja, penderma, rakan kongsi, penghibur dan relawan utama yang telah menjayakan Chingay 2023.



"Chingay adalah sebuah pameran indah yang menyerlahkan budaya Singapura yang kaya dengan pelbagai etnik dan kosmopolitan.



"Ribuan orang telah merancang, mengilhamkan dan berlatih sejak beberapa bulan lalu untuk mengadakan pertunjukan hebat di Bangunan F1 Pit pada hujung minggu lalu.



"Terima kasih semua, atas kerja keras anda untuk menjayakan Chingay 2023!



"Saya berharap anda semua akan terus menyokong Chingay pada tahun-tahun akan datang," tambah Puan Halimah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >