Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: Bapa yang cabar stereotaip, sokong wanita perlu diiktiraf

Dec 13, 2021 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob berkata terdapat keperluan untuk mengiktiraf bapa yang terus mencabar stereotaip dan menyokong wanita dalam kehidupan mereka.



Beliau menambah bapa mempunyai peranan mendidik anak perempuan untuk menjadi berkeyakinan, dan anak lelaki pula untuk menghormati wanita.



Selaras dengan maklum balas yang diterima sepanjang tahun dalam Perbualan mengenai Pembangunan Wanita Singapura yang berakhir pada September lalu, Puan Halimah berkata memperbetulkan stereotaip dan mengubah minda yang berkaitan dengan peranan wanita dalam keluarga memerlukan usaha dan perkongsian seluruh masyarakat antara lelaki dengan wanita.



Beliau berkata demikian dalam acara 'Detik Istimewa Bersama Ayah' anjuran Pusat Kebapaan (CFF) serta Bapa Sepanjang Hayat semalam.



Acara tersebut bertujuan untuk memperkasakan lebih ramai bapa untuk menjadi contoh teladan yang lebih baik dan inspirasi berterusan kepada anak-anak mereka.



Walaupun tanggungjawab seorang bapa berat, beliau menambah ia membawa kepuasan.



Menonjolkan peranan seorang bapa dalam kehidupan anak perempuan, beliau berkata bahawa seorang bapa memainkan peranan penting dalam menyampaikan nilai yang akan menambatnya melalui pelbagai fasa kehidupan.



"Penyelidikan menunjukkan bahawa anak perempuan muda yang mempunyai hubungan positif dengan bapanya dapat mencapai lebih dari segi akademik, mempunyai harga diri yang lebih tinggi dan membuat pilihan perhubungan yang lebih baik.



"Kajian mencadangkan bahawa sikap penyayang, serta galakan seorang bapa yang memberikan respons yang tenang apabila anak-anak perempuan mereka melakukan perkara salah, akan menjadikan anak-anak perempuan mereka pandangan lebih positif," ujarnya.



Semalam, seramai 15 pasangan bapa dan anak perempuan berusia antara 12 hingga 20 tahun menghadiri acara tersebut di Asli Village yang terletak di Downtown East. Turut menyertai acara itu semalam adalah Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol dan penasihat akar umbi kawasan itu, Encik Sharael Taha serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CFF, Encik Bryan Tan.



Melalui Bulan Kebapaan, bengkel khas bagi kaum bapa dan aktiviti bapa dan anak, CFF dan Bapa Sepanjang Hayat telah mendekati sekitar 300,000 orang bapa dan ahli keluarga Islam setiap tahun.



Antara pasangan bapa dan anak menyertai acara tersebut semalam adalah Encik Mohammed Shahrin Shamsuddin, 52 tahun dan puterinya, Cik Liyana Afrina Mohammed Shahrin, 18 tahun.



Meskipun pernah menghadiri program yang serupa tiga tahun yang lalu, Encik Shahrin, seorang pengurus di SIA Engineering, berkata acara itu memberinya peluang untuk terus mendekati anaknya.



"Terdapat beberapa aktiviti yang kami lakukan yang memerlukan komunikasi dan kerjasama.



"Selain itu, kami juga menulis surat untuk memahami antara satu sama lain dengan lebih mendalam, satu kegiatan yang membuat saya sebak," kata bapa kepada empat orang anak itu.



Cik Liyana, yang baru menghabiskan peperiksaan GCE peringkat 'A' pula gembira dapat mengukuhkan hubungannya dengan bapanya.



"Masa berlalu dengan cepat dan kita sibuk dengan kegiatan sendiri. Jadi, saya menghargai hubungan saya bersama bapa saya. Melalui acara ini, sebagai anak dan bapa, kami dapat memahami antara satu sama lain dengan lebih baik dan mempunyai hubungan yang lebih baik," kata anak muda itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >