Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Halimah cetus inspirasi Milo tanpa gula

Jun 20, 2018 | 5:30 AM
MINUMAN KEGEMARAN RAMAI: Puan Halimah diberi taklimat mengenai sejarah Milo di Singapura oleh seorang pegawai Nestle Singapura sambil diiringi Encik Rajiv ketika melancarkan serbuk terbaru, Milo Gao Kosong semalam. - Foto BH oleh TIMOTHY DAVID
MINUMAN KEGEMARAN RAMAI: Puan Halimah diberi taklimat mengenai sejarah Milo di Singapura oleh seorang pegawai Nestle Singapura sambil diiringi Encik Rajiv ketika melancarkan serbuk terbaru, Milo Gao Kosong semalam. - Foto BH oleh TIMOTHY DAVID -

SEBAGAI langkah menyokong gerakan pemerintah mengurangkan kadar pengambilan gula dalam kalangan penduduk Singapura, Nestle Singapura telah memperkenalkan produk yang diperbaharui kandungannya - Milo Gao Kosong.

Minuman Milo kegemaran ramai ini mengekalkan rasa semula jadi bijirin dan susu, bagaimanapun kini tanpa tambahan gula.

Milo Gao Kosong merupakan produk yang diperbaharui dari produk minuman Milo Gao Siew Dai dengan pengurangan gula. namun dengan 30 peratus lebih banyak khasiat.

Diperkenalkan buat pertama kali di sini, serbuk minuman itu telah dilancarkan oleh Presiden Halimah Yacob di acara Milo Gao Kosong Pit Stop di pusat beli-belah Plaza Singapura semalam.

Ketika menyampaikan ucapannya, Pengarah Urusan Nestle Singapura, Encik Rajiv Deraniyagala berkata:

"Saya bertemu Puan Halimah ketika Pesta Gaya Hidup Sihat Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) tahun lalu.

"Puan Halimah telah bertanyakan jika kami mampu mengurangkan lagi kadar gula dari minuman Milo Gao Siew Dai dan daripada situ kami menyahut cabaran tersebut.

"Mendapat inspirasi daripada Puan Halimah, selepas berapa bulan menjalani penyelidikan dan pembangunan, kami amat gembira memperkenalkan serbuk Milo pertama di dunia tanpa sebarang tambahan gula. Minuman ini dihasilkan khas bagi masyarakat Singapura.

"Ia memberi mereka pilihan menikmati minuman kegemaran mereka tanpa kemanisannya."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg