Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Presiden Halimah: Chingay kini acara berbilang budaya SG yang satukan aneka kaum, latar belakang

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Presiden Halimah: Chingay kini acara berbilang budaya SG yang satukan aneka kaum, latar belakang

Presiden hos acara hargai penyumbang pameran Chingay50
Feb 17, 2022 | 05:30 AM

PERARAKAN Chingay telah menjadi acara berbilang budaya khas Singapura yang menyatukan orang ramai daripada pelbagai budaya, etnik dan latar belakang untuk merai bakat tempatan dan warisan kaya negara ini.

Ini dinyatakan Presiden Halimah Yacob dalam ucapannya di sebuah acara bagi mengucapkan terima kasih kepada penyumbang utama pameran Chingay50 tahun ini, semalam.

"Pameran tahun ini membawa yang terbaik daripada bakat masyarakat dan kepelbagaian budaya Singapura kepada penonton tempatan dan selanjutnya.

"Saya berbesar hati bahawa Chingay50 mencapai tahap lebih tinggi dalam mempesonakan penonton tempatan dan global dengan persembahan visual menakjubkan, memanfaatkan teknologi dan kerjasama dengan rakan kongsi baru untuk menjayakan sambutan penting itu," kata Puan Halimah.

"Tema 'Semarakkan Impian Kita' menyeru warga Singapura supaya menghidupkan semula semangat bagi impian kita, baik besar mahupun kecil, dan mengingatkan kita supaya kekal berpandangan ke hadapan dan berdaya tahan, sedang kita bersama-sama mengatasi masa-masa mencabar sebagai sebuah negara," tambah beliau.

Perarakan Chingay diadakan di Jewel Lapangan Terbang Changi Sabtu lalu.

Pertunjukan itu mempamerkan perjalanan Chingay selama 50 tahun sejak ia dimulakan pada 1973.

Puan Halimah berkata beliau dan suami beliau gembira dapat menghadiri pameran Chingay50 itu dan amat menikmati penggunaan unjuran dan kesan digital khas.

"Walaupun tidak ramai dapat menikmati pameran fizikal seperti Perarakan Chingay lalu, warga Singapura dan rakan-rakan di serata dunia dapat merasai pengalaman dinamik itu melalui siaran web langsung," ujar beliau.

Puan Halimah menambah bahawa Chingay50 menyatukan lebih 1,000 penghibur untuk mempersembahkan pertunjukan hibrid, dengan beberapa segmen persembahan dirakam terlebih dahulu dan segmen lain dipersembahkan secara langsung di pameran itu.

Sempena memperingati Chingay50, satu siri program pendampingan masyarakat turut dianjurkan untuk membawa pengalaman Chingay lebih dekat kepada penduduk secara menyeronokkan dan kreatif, seperti Penciptaan Bersama Masyarakat PAssionArts - Kereta Berhias Mini Chingay50.

"Walaupun kita tidak dapat mengembalikan kereta berhias Chingay bersaiz sebenar tahun ini, masyarakat dan artis tempatan berkumpul sejak Oktober lalu untuk mengkonsepsikan dan mencipta bersama 17 Kereta Berhias Mini berwarna-warni, yang dipersembahkan dengan cantik di pameran khas Chingay50 di Jewel Changi Sabtu lalu," kata Puan Halimah.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3