Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah, DPM Wong bakal berucap di sidang silang agama RSIS pada Sept

Jul 30, 2022 | 12:43 PM



SATU persidangan global silang agama anjuran Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS) akan diadakan pada September, dengan Presiden Halimah Yacob dan Timbalan Perdana Menteri (DPM) Lawrence Wong dijadualkan berucap.



Ini adalah kali kedua Persidangan Antarabangsa Mengenai Masyarakat Bersatu Padu (ICCS) dianjurkan oleh RSIS selepas yang pertama diadakan pada 2019.



Ia akan menyatukan pemimpin daripada bidang dasar, kemasyarakatan, akademik dan keagamaan daripada serata dunia untuk membincangkan cabaran utama yang menggugat fabrik sosial dalam masyarakat dan pendekatan bagi menanganinya.



Persidangan tahun ini akan diadakan di Pusat Persidangan Raffles City antara 6 hingga 8 September. Ia akan meninjau peranan identiti dalam mencorak bagaimana individu berhubung sesama sendiri dan masyarakat mereka.



Peserta akan membincangkan isu termasuk peranan agama dalam merapatkan jurang, bagaimana kerencaman boleh dimanfaatkan bagi kebaikan bersama serta cara teknologi merapatkan jurang perbezaan dan memupuk kepercayaan bersama, kata penganjur persidangan dalam satu kenyataan pada Jumaat (29 Julai).



Presiden Halimah akan menyampaikan ucapan pembukaan sementara Encik Wong yang juga Menteri Kewangan akan memimpin sesi dialog pada hari terakhir persidangan.



Terdapat lebih 30 penyampai setempat dan antarabangsa dari Maghribi, Thailand, Jepun, India dan Australia.



Persidangan ini juga meliputi Program Pemimpin Muda yang membolehkan pemimpin muda di peringkat serantau dan antarabangsa menggunakan platform sidang ini untuk membangun rangkaian kenalan dan bekerjasama dalam perpaduan sosial dan pembangunan masyarakat.



Dalam kenyataan tersebut, Presiden Halimah berkata sidang ini adalah peluang yang datang tepat pada masanya untuk meninjau dan mengimbas semula bagaimana masyarakat kita boleh dirapatkan lagi dan mara bersama.



"Pandemik ini juga telah membawa pada isu polarisasi dan pengasingan sosial dikemukakan. Ia justeru itu mengingatkan kita sekali lagi tentang keperluan bersatu hati dalam masyarakat global serta mengadakan perbualan penting tentang bagaimana kita boleh menggalak keharmonian sosial menerusi perkongsian kepercayaan, nilai dan aspirasi," jelas Puan Halimah.



Timbalan Pengerusi Eksekutif RSIS, Encik Ong Keng Yong, yang juga Duta Besar Berkelana di Kementerian Ehwal Luar (MFA), pula berkata era digital kini dan teknologi baru telah mengubah cara manusia hidup, bekerja dan bermain.



Katanya: "ICCS 2022 akan menjadi platform berguna dalam membincangkan bagaimana teknologi boleh menjadi kuasa positif dalam mengemudi proses ibadah dalam talian, khususnya sewaktu krisis global seperti pandemik Covid-19 dan dalam mengurus pertukaran silang agama dan perhubungan berbilang agama."



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >