Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah gesa majikan bantu pekerja wanita maksimum keupayaan

Oct 30, 2021 | 05:30 AM



MAJIKAN boleh memberi sokongan kepada wanita di tempat kerja supaya mereka mampu memaksimumkan keupayaan mereka di rumah dan di tempat kerja, kata Presiden Halimah Yacob.



Katanya, cabaran yang dihadapi golongan wanita dalam mengimbangi tanggungjawab penjagaan di rumah dan juga kerjaya jelas kelihatan terutama sekali dalam keadaan pandemik.



Beliau berkata demikian semalam dalam ucapannya kepada lebih 200 peserta acara dan bengkel She Brilliance, pergerakan yang bertujuan mencetus inspirasi dalam diri wanita untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna.



Acara tersebut juga bertujuan mengumpul dana untuk disalurkan kepada Daughters Of Tomorrow (DOT), badan amal yang bertujuan memperkasa wanita kurang bernasib baik supaya dapat bekerja untuk membantu keluarga mereka mencapai mobiliti sosial.



Menurut Presiden Halimah, golongan wanita telah memainkan peranan penting dalam usaha memperbaiki banyak aspek kehidupan masyarakat.



"Pandemik Covid-19 telah menjejas norma harian, namun wanita Singapura telah menunjukkan daya tahan mereka.



"Mereka berusaha sedaya upaya untuk mengimbangi antara tanggungjawab di rumah dan juga kerjaya.



"Ramai yang memikul tanggungjawab yang lebih banyak, sama ada dalam memastikan keadaan kewangan keluarga mereka stabil atau dalam menyokong anggota keluarga mereka dan telah menghadapi tekanan tersebut dan ramai yang telah melakukannya dengan baik," katanya.



Namun, Presiden Halimah berkata keadaan yang dialami boleh membuat mereka rasa tertekan, dan tindakan kolektif diperlukan untuk memperkasa, melindungi dan menyokong wanita demi kemajuan mereka dan masyarakat.



Antaranya, golongan bapa boleh memainkan peranan yang lebih aktif di rumah dan majikan pula boleh menunjukkan sokongan mereka kepada wanita yang bekerja, tambahnya.



Justeru, Presiden Halimah mengalu-alukan inisiatif seperti She Brilliance yang bertujuan menyokong dan memperkasa wanita serta menerap nilai kesaksamaan jantina dan sikap saling menghormat dalam masyarakat.



Program mentor juga boleh membantu wanita membina rangkaian sosial yang boleh membuka lebih banyak peluang dan pengalaman bermakna yang dapat membantu mereka maju dalam kerjaya.



"Usaha memperkasa wanita untuk menyediakan penjagaan yang lebih mampan untuk mereka dan keluarga akan membantu mereka meraih semula keyakinan untuk mewujudkan kehidupan yang lebih baik untuk anak-anak dan bebas daripada perangkap kemiskinan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >