Presiden Halimah gesa warga S'pura papar empati, ringankan beban individu dengan demensia, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:30
Syuruk
6:48
Zuhur
12:51
Asar
4:07
Maghrib
6:53
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Presiden Halimah gesa warga S'pura papar empati, ringankan beban individu dengan demensia

Sep 01, 2021 | 06:32 PM

PRESIDEN Halimah Yacob menggesa warga Singapura agar mengamalkan sikap empati dan memainkan peranan mereka untuk mendekati dan membantu mereka yang mengalami demensia, lebih-lebih lagi sewaktu tempoh sukar pandemik ini.

Beliau berkata Singapura mengambil pendekatan pelbagai sudut untuk membangunkan penjagaan demensia. Ini dilakukan dengan mengurangkan stigma dan meningkatkan kesedaran tentang demensia, dan memperbaiki penjagaan serta sokongan bagi mereka yang mengalami keadaan itu serta penjaga mereka, katanya.

Menurut Puan Halimah, penduduk Singapura yang semakin menua bermaksud mereka yang mengalami demensia dijangka meningkat.

“Justeru, ia penting sekali untuk merancang awal demi memperbaiki keupayaan dan kapasiti kita untuk penjagaan demensia, dan memperkenalkan program bermutu untuk memenuhi permintaan meningkat. Pada masa yang sama, kita perlu mewujudkan masyarakat yang mesra demensia,” kata beliau.

Presiden Halimah berkata demikian dalam satu ucapan yang dirakam bagi merasmikan peralihan Persatuan Penyakit Alzheimer (ADA) kepada agensi khidmat sosial Demensia Singapura.

Halal Home Based Business
OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Dengan peralihan tersebut, Puan Halimah berkata ia akan memperluas tumpuannya daripada penyakit Alzheimer kepada keadaan berkaitan demensia yang lain. Agensi khidmat sosial itu akan melancarkan empat inisiatif demensia sepanjang tahun ini. Ini termasuk Portal Sumber Demensia sehenti, Program Keahlian Demensia, Kit Peralatan Perniagaan Inklusif-Demensia, dan konsep Kehidupan Dibantu Inklusif-Demensia, kata Puan Halimah.

“Inisiatif ini adalah langkah pertama yang baik, dan saya menggesa Demensia Singapura agar menilai lanjut keperluan masyarakat demensia di sini dan bekerjasama dengan pemerintah untuk meningkatkan keupayaan kita untuk membina masyarakat mesra demensia,” ujarnya.

Menurut Demensia Singapura dalam kenyataannya semalam, butiran inisiatif ini akan diumumkan dalam suku akan datang.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Demensia Singapura, Encik Jason Foo, Demensia Singapura berkongsi visi ADA iaitu untuk membina masyarakat inklusif dimensia.

“Kami mempunyai matlamat untuk terus menjejaki keperluan mereka yang mempunyai demensia dan trend penjagaan yang sentiasa berubah, memberikan suara pakar kepada landskap penjagaan demensia di Singapura, dan memperkukuh kedudukan kami di dalamnya.

Semua khidmat dan program kami yang sedia ada, usaha yang sedang dijalankan dalam masyarakat, dan inisiatif lain yang akan datang kini menjadi lebih penting,” kata Encik Foo.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map