Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Halimah hos PM Lee, khidmat awam di Istana dan alam maya

Kedua-dua pemimpin seru warga bersatu
Aug 7, 2021 | 5:30 AM
MENAIKKAN BENDERA: Presiden Halimah Yacob dan PM Lee Hsien Loong (tiga dan dua dari kiri) bersama beberapa pegawai daripada pejabat mereka berdiri penuh hormat di upacara menaikkan bendera Singapura. - Foto BH oleh ALPHONSUS CHERN
MENAIKKAN BENDERA: Presiden Halimah Yacob dan PM Lee Hsien Loong (tiga dan dua dari kiri) bersama beberapa pegawai daripada pejabat mereka berdiri penuh hormat di upacara menaikkan bendera Singapura. - Foto BH oleh ALPHONSUS CHERN -

PRESIDEN Halimah Yacob dan Perdana Menteri Lee Hsien Loong disertai lebih 300 penjawat awam semalam bagi Upacara Memperingati Hari Kebangsaan tahun ini di Istana.

Presiden Halimah menyambut Encik Lee di Istana bagi upacara tahunan itu, yang buat tahun kedua berturut-turut dijalankan secara hibrid di sebabkan pandemik Covid-19.

Sebilangan kakitangan Pejabat Presiden dan Pejabat Perdana Menteri menghadiri upacara itu secara fizikal, sementara penjawat awam daripada pelbagai agensi lain pemerintah, seperti Penguasa Kewangan Singapura dan Biro Siasatan Amalan Rasuah, hadir melalui aplikasi persidangan video Zoom.

Antara pemimpin pemerintah yang hadir dalam talian ialah Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam dan Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat.

Dalam satu kenyataan di Facebook, Presiden Halimah berkata sedang warga Singapura berkumpul setiap Ogos bagi merai ulang tahun kemerdekaan negara ini melalui pelbagai acara, upacara dan sambutan, beliau berharap rakyat dapat terus bersatu, terutamanya dalam memerangi pandemik ini.

"Sedang kita terus memerangi pandemik ini, saya menyeru rakyat Singapura supaya teguh bersatu. Saya yakin Singapura akan muncul lebih kuat daripada krisis ini, sebagai satu masyarakat, satu bangsa, satu Singapura," ujar beliau.

Encik Lee pula dalam satu kenyataan di Facebook melahirkan perasaan gembira dapat menghadiri upacara hibrid itu.

"Ini tahun kedua kami tidak dapat berkumpul di Istana kerana Covid-19. Tetapi ini tidak mengurangkan sambutan alam maya atau menjadikan sambutan ini kurang bermakna.

"Marilah kita terus bersatu, saling menyokong, dan mengekalkan semangat tinggi Singapura sedang kita mara ke hadapan," kata beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg