SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Presiden Halimah, 'IM-OK'

Presiden Halimah, 'IM-OK'

May 29, 2022 | 5:30 AM

Presiden Halimah, 'IM-OK'

PERANTI IM-OK: Cik Khatihah, 81 tahun menunjukkan aplikasi yang seringkali digunakannya di dalam alat peranti IM-OK kepada Puan Halimah Yakob. - Foto BM oleh KELVIN CHNG
PERANTI IM-OK: Cik Khatihah, 81 tahun menunjukkan aplikasi yang seringkali digunakannya di dalam alat peranti IM-OK kepada Puan Halimah Yakob. - Foto BM oleh KELVIN CHNG -

CIK Khatijah Abdul Hamid, 81 tahun, sering kali berasa bimbang tentang kesihatan dan keselamatannya kerana beliau tinggal sendirian dan alami masalah pernafasan.

Namun beliau kini dapat menarik nafas lega selepas menerima peranti IM-OK bulan lepas.

Peranti IM-OK, yang disesuaikan dengan panggilan video dan fungsi peringatan ubat, serta butang 'IM- OK' dibangunkan oleh Lions Befrienders, membolehkan warga emas yang berisiko hidup bersendirian, dipantau secara maya oleh Befrienders mereka.

"Dengan alat IM-OK ini, saya tahu saya boleh dapatkan pertolongan dengan tekanan butang di alat ini dan alat ini juga mempunyai beberapa aplikasi seperti radio dan video yang boleh saya gunakan dalam masa lapang," ujarnya.

Cik Khatijah adalah di antara benefisiari Festival Digital for Life (DfL) anjuran IMDA yang buat julung kalinya diadakan di Heartbeat@Bedok semalam.

Presiden Halimah Yacob telah melawat Festival DfL untuk menyaksikan usaha 3P (private, public, people) yang telah tampil menyokong DfL, untuk memperkasa keluarga berpendapatan rendah dengan alatan digital, kemahiran dan ketersambungan agar mereka kekal aktif dari segi sosial dan ekonomi.

Semasa lawatannya, Puan Halimah memperhatikan inisiatif "Tech Saturday" anjuran kumpulan sukarela SGBono dan pemecut kreativiti, VIVITA.

Antara inisiatif mereka ialah klinik percuma membaiki komputer riba untuk keluarga serta bengkel "Bina dan Kod Metaverse Impian Anda".

Di samping itu, Puan Halimah berinteraksi dengan benefisiari dan sukarelawan serta penerima Dana DfL, Persatuan Karyawan Keselamatan Maklumat (AiSP) dan Lions Befrienders, untuk mengetahui bagaimana projek kesihatan siber mereka telah memberi manfaat kepada golongan yang terdedah dan warga emas.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg