Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah kunjungi persatuan disleksia

Nov 18, 2020 | 05:30 AM



WALAUPUN kurang berupaya, kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga sekolah menengah di Persatuan Disleksia Singapura (DAS) diberi peluang meningkatkan kemahiran bacaan dan ejaan.



Dalam lawatannya ke DAS di Bukit Timah Road semalam, Presiden Halimah Yacob berpeluang meninjau pelbagai program pendidikan dan perkhidmatan sokongan yang disediakan.



Beliau dimaklumkan program DAS disampaikan oleh pasukan psikologi, ahli terapi pertuturan dan bahasa dan ahli terapi pelbagai disiplin. Ia bertujuan menangani keperluan pendidikan kanak-kanak yang mengalami disleksia. DAS juga memberi perhatian kepada keperluan sosial, psikologi, emosi dan juga kewangan mereka.



Dalam rangka kunjungan itu Puan Halimah turut berdialog bersama beberapa pelajar di pusat itu untuk mempelajari bagaimana program yang ditawarkan telah menyokong para pelajar dengan keperluan pembelajaran mereka.



Di Singapura, dianggarkan 23,000 pelajar dari prasekolah hingga sekolah menengah mengalami disleksia yang memerlukan campur tangan pakar.



Disleksia merupakan sejenis kekurangan pembelajaran khusus yang umumnya menjejas kemahiran pembacaan dan ejaan yang tepat dan lancar.



Sekitar separuh daripada kanak-kanak ini mungkin mengalami kekurangan pembelajaran seperti gangguan hiperaktif kekurangan perhatian (ADHD), kemerosotan bahasa spesifik (SLI), diskalkulia (kurang upaya dalam pembelajaran matematik) dan dispraksia (keadaan yang menjejas penyelarasan fizikal).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >