SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Presiden Halimah lancar buku sempena ulang tahun ke-70 CPIB

Presiden Halimah lancar buku sempena ulang tahun ke-70 CPIB

Sep 22, 2022 | 5:30 AM

Presiden Halimah lancar buku sempena ulang tahun ke-70 CPIB

SEJARAH CEGAH RASUAH TUJUH DEKAD: (Dari kiri) Menteri Kanan Emeritus, Encik Goh Chok Tong; Presiden Halimah Yacob; Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong; dan Pengarah CPIB, Encik Denis Tang, semasa pelancaran buku sejarah CPIB baru yang akan dijual di kedai buku utama di sini Sabtu ini. - Foto BH oleh DESMOND WEE
SEJARAH CEGAH RASUAH TUJUH DEKAD: (Dari kiri) Menteri Kanan Emeritus, Encik Goh Chok Tong; Presiden Halimah Yacob; Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong; dan Pengarah CPIB, Encik Denis Tang, semasa pelancaran buku sejarah CPIB baru yang akan dijual di kedai buku utama di sini Sabtu ini. - Foto BH oleh DESMOND WEE -

BIRO Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) semalam melancarkan sebuah buku bagi menceritakan sejarah serta tugas yang dikendalikan biro itu sempena sambutan ulang tahun ke-70.

Buku bertajuk 'Scrupulous, Thorough, Fearless - The CPIB Story' dilancarkan oleh Presiden Halimah Yacob dalam majlis sambutan ulang tahun itu di Istana malam semalam.

Buku mengandungi 472 halaman terbitan World Scientific itu akan dijual di beberapa kedai buku tertentu di sini seperti Times dan Popular mulai Sabtu ini.

Buku tersebut menceritakan peranan CPIB dalam konteks pembangunan negara sejak ia ditubuhkan pada 1952 - bagaimana pembangunan biro itu serta sejarah dan warisannya, mempunyai hubungan rapat dengan pembinaan serta sejarah Singapura.

Tajuknya pula mendapat inspirasi daripada mendiang Perdana Menteri Pengasas, Encik Lee Kuan Yew, di Parlimen pada 1987, yang berkata untuk menjamin keberkesanan sistem bagi memantau dan menghukum rasuah, salah satunya berlandaskan pihak CPIB yang teliti, rapi dan berani dalam melaksanakan siasatannya.

Puan Halimah semalam juga melancarkan dan menama sejenis orkid baru, Papilionanda CPIB, sempena sambutan ulang tahun tujuh dekad biro tersebut.

Bunga berkelopak warna merah jambu dan ungu muda itu dibiak menerusi orkid Vanda Kolwadee Fragrance dan Papilionanthe Miss van Deun.

Ia keturunan bunga negara, Vanda Miss Joaquim dan terkait rapat Aranda Lee Kuan Yew, orkid yang diperkenal pada 2015 untuk memperingati mendiang.

Presiden Halimah berkata ia juga satu lambang pendiran teguh Encik Lee demi membebaskan rasuah daripada cara kehidupan rakyat.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg