Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah puji peranan penting masyarakat Islam dalam pastikan SG selamat

Jul 20, 2021 | 05:30 AM



MASYARAKAT Islam di Singapura boleh berbangga ia telah bersama memainkan peranan dalam memastikan Singapura selamat bagi semua dalam tempoh mencabar ini, kata Presiden Halimah Yacob.



Dalam ucapan Hari Raya beliau, Puan Halimah berkata ini sejajar dengan semangat Islam dan khususnya, ibadah haji yang berkaitan dengan pengorbanan dan cinta pada keamanan dan kemanusiaan.



"Ibadah haji adalah penyamarata sosial terbesar kerana yang kaya dan miskin perlu melakukan amalan dan memakai pakaian sederhana yang sama. Selain itu, sebahagian daging haiwan yang kita korbankan, akan dibahagikan kepada golongan yang memerlukan, mengingatkan kita akan kewajipan kita kepada mereka yang kurang bernasib baik," kata Puan Halimah, menulis di Facebook.



Sementara itu, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam kenyataannya semalam mengingatkan individu lebih berisiko, terutama warga emas yang belum menerima vaksin Covid-19, agar duduk di rumah sebanyak mungkin bagi beberapa minggu akan datang.



Ini sedang bilangan jangkitan masyarakat melonjak baru-baru ini, dengan kelompok besar Covid-19 terbentuk dari kelab hiburan KTV dan Pelabuhan Perikanan Jurong.



"Sejak permulaan pandemik Covid-19, masyarakat Islam Singapura telah membuat pengorbanan dan penyesuaian penting, dan telah bertindak dengan penuh bertanggungjawab untuk melindungi diri kita dan masyarakat lebih luas daripada virus itu. Ini termasuk mengurangkan sambutan pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sejak dua tahun yang lalu," kata Muis.



"Ini telah memainkan peranan dalam mengurangkan risiko penyebaran yang timbul daripada kegiatan keagamaan."



Sejumlah 19 masjid masing-msaing menawarkan lebih 100 ruang bagi setiap slot masa untuk jemaah yang telah divaksin sepenuhnya atau menjalani Ujian Sebelum Acara (PET). Lagi 47 masjid pula menawarkan satu zon solat untuk 50 jemaah bagi setiap slot masa.



Muis turut mengingatkan orang ramai bahawa solat berjemaah perlu dilakukan dalam zon selamat yang dikhususkan di masjid, dengan tempahan sah. Orang ramai yang tidak dapat membuat tempahan boleh melakukan solat secara jemaah di rumah dengan ahli keluarga.




MASAGOS BANGGA KERJASAMA PADU, DAYA BINGKAS



“Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan, masyarakat Melayu/Islam kita telah menunjukkan sifat terpuji – terus sabar dan cekal membuat penyesuaian yang diperlukan kerana faham sebab di sebalik semua keputusan sukar tersebut iaitu demi menyelamatkan nyawa dan kesejahteraan negara. Saya amat bersyukur dan sangat bangga dengan kerjasama padu dan daya bingkas masyarakat Melayu/Islam Singapura.”
– Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >