Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Presiden Halimah: Senarai ibarat ajak lakukan keganasan seks terhadap wanita

May 28, 2021 | 5:30 AM
PRESIDEN HALIMAH: Orang terlibat wajar diberi kecaman paling keras masyarakat.
PRESIDEN HALIMAH: Orang terlibat wajar diberi kecaman paling keras masyarakat. -

TINJAUAN yang menyenaraikan nama dan gambar ustazah tempatan berdasarkan daya tarikan seksual mereka bukan sahaja merupakan satu jenis gangguan paling teruk yang menyalahi undang-undang Singapura, malah ibarat satu undangan terbuka untuk melakukan keganasan seksual terhadap wanita, kata Presiden Halimah Yacob.

Beliau menggesa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan polis menjalankan siasatan penuh dan menghukum mereka yang terlibat.

Puan Halimah turut menggesa pihak berkuasa menimbangkan apakah orang terlibat - ada daripada mereka dikatakan merupakan pelajar pengajian Islam - masih layak berdakwah kepada masyarakat selepas menamatkan pengajian.

Puan Halimah berkata beliau amat prihatin apabila membaca mengenai tinjauan tersebut, yang diterbitkan dalam talian.

"Apakah tiada batas bagi sebahagian orang yang menjatuhkan maruah dan merosakkan kesucian wanita? Mereka yang menjalankan tinjauan itu dan mereka yang mengambil bahagian (dalam tinjauan tersebut) wajar diberi kecaman paling keras daripada kita," katanya.

Menggesa Muis dan polis melakukan siasatan penuh, Puan Halimah berkata: "Kita tidak boleh membenarkan identiti yang diselindung di web memberanikan mereka yang ingin menyalah guna, memburuk-burukkan dan mencemari wanita."

Dalam senarai yang difahamkan dimulakan oleh pengguna media sosial yang menamakan dirinya M.A itu, nama dan gambar 12 ustazah tempatan disenarai mengikut ranking berdasarkan tarikan seksual mereka.

Sehingga semalam, lebih 1,000 orang difahamkan telah menyertai tinjauan di aplikasi MeWe itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg