Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: Syarikat boleh turut sokong pesakit demensia

Sep 16, 2022 | 05:30 AM



BERITA



SEDANG penduduk Singapura menua dan lebih ramai dijangka menghidap demensia, perniagaan boleh menyertai usaha negara ini menyokong mereka yang menghidap demensia serta penjaga mereka, kata Presiden Halimah Yacob.



Dalam hal ini, derma $1 juta oleh Yayasan Jagaan Keppel di bawah Keppel Corporation kepada Demensia Singapura akan membantu menyokong kegiatan agensi khidmat sosial itu sepanjang tiga tahun akan datang.



Puan Halimah berkata demikian di majlis bagi merasmikan derma itu di Pusat New Horizon Demensia Singapura di Toa Payoh semalam.



Sekitar $600,000 daripada sumbangan itu akan digunakan untuk memberi subsidi yuran kehadiran bagi klien memerlukan yang mendapatkan perkhidmatan di Pusat New Horizon.



Pusat-pusat New Horizon menyediakan perkhidmatan jagaan hari bagi memperbaiki kesejahteraan bukan penghidap demensia sahaja, malah penjaga mereka, yang tugasan mereka boleh diringankan pada siang hari.



Puan Halimah berkata arwah ibunya juga menghidap demensia beberapa tahun sebelum beliau meninggal dunia pada 2015.



"Penjaga utama ioalah kakak saya, dan anda boleh bayangkan betapa tekanan yang dihadapinya secara peribadi," kata beliau.



Menurut Puan Halimah, arwah ibunya dahulu seorang yang aktif, yang membesarkannya dan empat adik-beradiknya selepas bapa mereka meninggal dunia.



"Tapi apabila ibu menghidap demensia, beliau menjadi seseorang yang hilang keyakinan, dan amat bergantung sepenuhnya."



Puan Halimah menambah bahawa sebuah Singapura mesra demensia hanya boleh dicapai sekiranya setiap orang memainkan peranan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >