Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: Usaha SG lindungi kanak-kanak sejajar dengan perubahan semasa

Jul 13, 2021 | 05:30 AM



SINGAPURA komited menggalak dan memajukan hak kanak-kanak dan akan terus menyemak pendekatan sedia ada selain mempelajari amalan terbaik agar dapat melindungi dan menyokong warga muda dengan lebih baik, kata Presiden Halimah Yacob.



Antara usaha yang dijalankan negara untuk memperjuangkan hak kanak-kanak termasuk penubuhan Mahkamah Kehakiman Keluarga, penggunaan alat pemeriksaan dan laporan bagi melindungi kanak-kanak serta pelaburan yang ketara dalam sektor pendidikan awal kanak-kanak.



Beliau berkata demikian semasa berucap bagi Sidang Undang-Undang Keluarga dan Hak Kanak-Kanak kelapan, yang diadakan dalam talian semalam.



Kongres dunia itu ditubuhkan dengan visi untuk mempertingkat, menggalak dan melindungi hak kanak-kanak dan warga muda.



Pelan mengadakan sidang kongres itu secara fizikal di Singapura tahun lalu tergendala akibat Covid-19.



Bagaimanapun, Puan Halimah berkata beliau gembira kongres itu masih dapat dijalankan secara dalam talian dengan tema 'Menerusi lensa mata seorang kanak-kanak' dipilih untuk kongres kali ini.



Menurutnya, sedang dunia cuba mencari cara untuk hidup di tengah-tengah pandemik, Puan Halimah berkata adalah penting untuk negara mengambil peluang membuat refleksi terhadap bagaimana sistem kehakiman keluarga boleh diubah.



Ini bagi membantu pihak-pihak untuk pulih semua dan mencari cara baru ke hadapan.



Secara khususnya, yang melibatkan kanak-kanak dan menimbangkan perspektif mereka berhubung isu yang menjejas mereka agar dapat memberi pandangan bagaimana untuk menyokong keluarga dan kanak-kanak.



Menurut Puan Halimah, Singapura telah mengambil langkah berani untuk mengubah kehakiman keluarga bagi keluarga dan kanak-kanak.



Puan Halimah berkata sepanjang dua dekad lalu, sistem kehakiman keluarga telah menjalani dua pembaharuan prosedur agar dapat bergerak sejajar dengan realiti masyarakat serta keperluan keluarga yang dalam kesusahan yang berubah-ubah.



Beliau menambah ini telah menubuhkan mahkamah keluarga yang komited sepenuhnya kepada Kehakiman Terapeutik dalam sekitaran yang menyelesaikan masalah dan berbilang disiplin.



Dalam pada itu, Puan Halimah turut menekankan bahawa kededua lelaki dan wanita memainkan peranan penting dalam keluarga dan menjaga kanak-kanak.



"Singapura mahu memperkukuh dan mengembangkan kerjasama antara kaum wanita dan lelaki dengan nilai hormat-menghormati sebagai ciri penting.



"Ini akan membentuk sikap positif lebih baik terhadap peranan keluarga sama rata dan mewujudkan sekitaran baik bagi anak-anak kita," ujarnya.



Kongres kelapan ini bertujuan menggalak kerjasama antarabangsa berhubung pergerakan kanak-kanak dan menimbangkan amalan terbaik dalam menangani isu kehakiman keluarga.



Ia juga bertujuan mewujudkan perbincangan mengenai perjanjian antarabangsa dan kemungkinan perubahan serta menilai semua isu penting seperti keselamatan siber dan pemerdagangan manusia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >