Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Presiden Halimah: Warga M'sia terima proses perundangan sewajarnya

Dec 04, 2021 | 05:30 AM



PRESIDEN Halimah Yacob berkata warga Malaysia, Nagaenthran A/L K Dharmalingam, yang dijadual dihukum gantung di Singapura bagi kesalahan mengedar dadah, telah menerima proses perundangan sewajarnya.



Presiden Halimah berkata demikian dalam jawapannya kepada Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura semalam.



Media Malaysia telah melaporkan bahawa Sultan Abdullah telah sebelum ini menulis kepada Puan Halimah untuk meminta diringankan hukuman Nagaenthran.



Nagaenthran, 33 tahun, dijadual menjalani hukuman gantung pada 10 November lalu.



Namun, pada 9 November, Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) berkata dia telah diuji positif Covid-19.



Oleh itu, dia diberi penangguhan hukuman lanjut oleh Mahkamah Rayuan tiga hakim yang telah dipanggil segera untuk mendengar tentangannya terhadap hukuman matinya.



Dilaporkan waktu itu bahawa mahkamah akan menangguhkan tarikh perbicaraan ke tarikh yang akan ditetapkan dan mengeluarkan penangguhan pelaksanaan sehingga semua prosiding selesai.



Nagaenthran, yang ditangkap pada 2009 pada usia 21 tahun dengan sebungkus heroin yang diikat pada paha kirinya, cuba mencabar hukumannya dengan berkata dia mempunyai usia mental seseorang yang berusia bawah 18 tahun ketika itu.



Dia berkata pelaksanaan hukuman mati ke atas orang kurang upaya intelek dilarang di bawah undang-undang antarabangsa kerana ia merupakan hukuman tidak berperikemanusiaan.



Dia juga mendakwa Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) mempunyai "dasar dalaman" untuk tidak melaksanakan hukuman mati terhadap banduan yang cacat mental - satu dakwaan yang dinafikan SPS.



Jabatan Peguam Negara berhujah bahawa Nagaenthran tidak cacat dari segi intelek dan menyampaikan keterangan pegawai kanan penjara yang telah berinteraksi dengannya selama tiga tahun.



Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, juga telah menulis kepada Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, untuk memohon diringankan hukuman kes Nagaenthran.



Dalam jawapannya, Encik Lee juga berkata Nagaenthran telah menerima proses perundangan sewajarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >