Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Prihatin masa depan badan khairat

Sep 12, 2022 | 05:30 AM



PADA 1970-an dan 1980-an, badan khairat memainkan peranan penting dalam masyarakat Melayu/Islam - baik dalam soal hidup ataupun mati.



Badan itu, yang istilah rasminya Pertubuhan Faedah Bersama (MBO), bukan sahaja mengurus kematian anggota, bahkan terlibat aktif menganjur acara keagamaan, kebudayaan, dan pendidikan.



Hari ini, ramai anggota prihatin badan khairat berada di ambang kepupusan, dengan hanya 22 badan Melayu/Islam sedemikian yang masih berdaftar, berbanding 124 yang pernah didaftar pada tahun 70-an dan 80-an.



Penswastaan khidmat pengurusan jenazah, penubuhan badan Melayu/Islam lain yang memainkan peranan lebih besar, serta kesukaran menarik anggota dan pemimpin muda merupakan antara faktor yang membawa kepada kemerosotan bilangan badan khairat kematian di Singapura.



Demikian menurut penyelidik, Encik Fauzy Ismail, salah seorang daripada tiga penulis buku bertajuk Khairat Kita: A History of Malay/Muslim Mutual Aid terbitan Ethos Books yang bakal dilancarkan pada 25 September ini.



Buku dalam bahasa Inggeris itu bertujuan merakam sejarah badan khairat di Singapura, mendokumentasi beberapa badan khairat kematian yang masih wujud serta membincangkan masa depannya.



"Saya ingin membantu untuk memberi suara kepada pertubuhan ini yang sebelum ini mungkin tidak pernah didengar oleh masyarakat umum di Singapura.



"Jika kita tidak dapat memelihara pertubuhan ini, pilihan terbaik seterusnya adalah untuk merakam sejarah mereka bagi generasi akan datang," kata Encik Fauzy, 35 tahun.



Dua lagi penulis buku itu ialah jurugambar Encik Zakaria Zainal, 37 tahun; serta Encik Zaki Jumahri, 37 tahun, seorang penyelidik bebas.



"Pada awal projek penyelidikan ini, saya tidak tahu apa-apa mengenai Pertubuhan Faedah Bersama Melayu/Islam mahupun kewujudan mereka.



"Ini mungkin atas kejahilan saya sendiri tetapi ia juga menunjukkan kurangnya kesedaran dalam kalangan generasi saya mengenai pertubuhan sedemikian," kata Encik Zaki.



Pasukan itu memulakan projek Khairat Kita sekitar tiga tahun lalu, dan menghadapi beberapa cabaran termasuk menemui anggota MMBO secara bersemuka disebabkan pandemik Covid-19.



Penerbitan buku itu, yang disokong Lembaga Warisan Negara (NHB), turut memaparkan enam badan khairat yang masih wujud hingga hari ini, ramai daripada anggotanya berusia 60-an hingga 80-an tahun.



Antara badan khairat itu ialah Persatuan Kebajikan Masyarakat Islam Singapura (TMCBAS), sebelum ini dikenali sebagai Lembaga Kebajikan Pekerja-Pekerja Islam Kastam Singapura yang ditubuhkan pada 1965.



"Memang orang kata badan khairat kematian ini dying concept (konsep yang semakin pupus) kerana sekarang segala maklumat - tentang pengurusan jenazah dan sebagainya - boleh didapatkan di Internet.



"Tapi masih ada yang percaya kita masih dapat membantu, biasanya bila seseorang berdepan dengan kematian anggota keluarga, minda kita biasanya blank, dan badan khairat dapat membantu dari segi mengaturkan hal-hal pengurusan jenazah dan sebagainya dari A-Z," kata Encik Darulhisham.



Seperti kebanyakan badan khairat lain, Badan Kebajikan Bukit Panjang pula menghadapi cabaran untuk menarik anggota muda bagi mengambil alih kepimpinan.



Naib Presiden Kedua, Encik Abdul Wahab Haji Hamzah, 70-an tahun, akur anggota jawatankuasanya semakin hari semakin berusia.



"Saya bimbang apabila bilangan keanggotaan kami semakin merosot, kesihatan kewangan pertubuhan kami semakin lemah dan kami akan terus pupus," ujar Encik Abdul Wahab.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >