Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Prihatin tentang integriti dorong mantan ketua pelaburan GIC jadi calon Presiden

Jul 19, 2023 | 11:31 AM



Mantan ketua pelaburan GIC, Encik Ng Kok Song yang berhasrat bertanding sebagai Presiden, mengatakan bahawa keprihatinan tentang integriti institusi Singapura yang meyakinkannya agar mengambil bahagian dalam pilihan raya.

Beliau ditemui wartawan setelah mengambil borang permohonan bagi sijil kelayakan dari Jabatan Pilihan Raya, kira-kira 10.30 pagi pada Rabu.

Beliau ditemani tunangnya, Cik Sybil Lau, anak-anaknya, anggota keluarga lain dan penyokong.

Encik Ng, yang kini pengasas bersama dan pengerusi Avanda Investment Management berkata beliau mempunyai tiga sebab untuk bertanding.

Pertama sekali, beliau berkata “warga Singapura ingin menggunakan hak mereka untuk memilih presiden mereka” dan tidak mahu satu lagi keadaan di mana presiden menang tanpa bertanding.

Kedua, akur akan peranan presiden untuk melindungi rizab, Encik Ng berkata beliau telah terlibat dalam membina rizab itu selama 45 tahun di GIC dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

Ketiga, Presiden perlu dipisahkan daripada politik, kata Encik Ng.

“Saya tidak pernah mempunyai kaitan dengan sebarang parti politik. Saya bebas,” ujarnya.

Encik Ng merupakan individu ketiga yang telah mengumumkan keinginannya dalam jawatan presiden, menyusuli mantan Menteri Kanan, Encik Tharman Shanmugaratnam dan usahawan, Encik George Goh.

Pilihan Raya Presiden dijangka diadakan dalam tiga bulan akan datang.

Permohonan bagi pencalonan dibuka pada 13 Jun, sebelum penggal Presiden Halimah Yacob tamat tempoh pada 13 September. Ia disarankan bahawa pilihan raya diadakan tidak lama setelah penggal presiden kini tamat tempoh, jika ia belum lagi dijalankan.

Encik Ng merupakan ketua pegawai pelaburan GIC, dana kekayaan negara Singapura, selama 27 tahun sebelum bersara pada 2013.

Anak kedua dalam 11 adik-beradik itu menerima biasiswa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC) untuk belajar fizik di Universiti Singapura.

Beliau kemudian memulakan kerjayanya dalam perkhidmatan awam selama 42 tahun sebagai penganalisis pelaburan di Kementerian Kewangan pada 1970, sebelum berpindah ke MAS setahun kemudian.

Pada 1983, Encik Ng menjadi pengerusi pengasas Pertukaran Kewangan Antarabangsa Singapura. Tiga tahun kemudian, beliau menyertai GIC untuk mengurus rizab asing Singapura.

Pada pertengahan 2015, beliau mengasaskan secara bersama Avanda Investment Management, yang memberi khidmat kepada pemilik aset institusi, termasuk bank pusat, endowmen, pejabat keluarga dan dana kekayaan negara.


Aset syarikat itu dilaporkan berganda kepada kira-kira AS$10 bilion ($13 bilion) sejak ia diasaskan, menurut agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >