Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PrimaDeli mohon maaf, pecat kakitangan

Apr 29, 2016 | 05:25 PM



SEBUAH syarikat yang memiliki rangkaian kedai kek dan roti, PrimaDeli, telah memohon maaf dan memecat seorang kakitangannya yang didakwa membuat kenyataan berbaur perkauman terhadap seorang calon pekerja sewaktu ditemuduga.



Ini selepas pengguna rangkaian sosial Facebook, yang memperkenalkan dirinya sebagai 'Sarah Carmariah' telah mengongsi pengalamannya kira-kira 1 tengah hari semalam (Khamis) tentang pengalamannya menghadiri temuduga pada Isnin lalu "di sebuah kedai kek halal yang dikenali ramai" untuk jawatan penghias kek.



Perkongsiannya itu telah tersebar luas dan menarik perhatian ramai.



Dalam kenyataannya itu, Cik Sarah mendakwa, semasa ditemuduga, ketua jabatan bagi jawatan yang dipohonnya telah mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman terhadapnya dan menepis tentang caranya membuat kek.



Memperincikan pengalamannya, Cik Sarah berkata, temuduganya bersama wakil jabatan sumber tenaga berjalan dengan baik tetapi ia berubah menjadi buruk selepas diperkenalkan dengan ketua jabatan.



Ketua Jabatan itu, seorang lelaki, didakwa menyatakan kepada Cik Sarah sebagai berikut: "Dari apa yang saya nampak, dan dari penampilan anda, dan saya bukan nak bersikap rasis lah, tetapi awak Melayu, saya fikir awak tak boleh lah."



Ketua Jabatan itu, kemudiannya memberi pandangan serong terhadap masyarakat Melayu, dengan bertanya sekiranya Cik Sarah boleh bertutur dalam bahasa Cina, dan menyatakan bahawa Mandarin merupakan bahasa yang digunakan sebahagian besar kakitangannya.



Cik Sarah menulis: "Saya terkejut dan terdiam. Telinga saya mulai panas tetapi saya tidak hilang sabar. Saya terperanjat dan lagipun tidak tahu macam mana nak membalasnya."



Beliau kemudian perlu meletakkan icing pada sebuah kek di bawah penyeliaan seorang lagi kakitangan, yang tidak boleh bertutur bahasa Inggeris dengan baik dan tidak boleh menerangkan kepadanya tentang bagaimana beliau mahu membentuk rupa kek itu.



Selepas ketua jabatan itu kembali kepadanya, beliau didakwa sebagai berkata: "Aiyo, tak boleh lah."



Lelaki itu kemudian memulakan perbualan dengan seorang lagi kakitangan dalam Mandarin.



Pada masa itu, Cik Sarah mengambil semula dokumen peribadi, mengucapkan terima kasih dan meninggalkan tempat itu.



Beliau menambah: "Saya tidak berniat untuk menamakan atau memalukan syarikat itu dan kakitangannya, tetapi saya ingin mendedahkan bahawa diskriminasi kaum di pasaran kerja adalah lebih nyata daripada apa yang kita sangkakan.



"Bagaimana boleh seseorang menilai orang lain berdasarkan stereotaip sesuatu kaum secara amnya?"



Sehingga 5 petang semalam, pengalaman yang dikongsi Cik Sarah itu telah disebar luas di Facebook lebih 3,630 kali.



Dalam kenyataannya kira-kira 2.30 petang tadi, PrimaDeli berkata, pihaknya telah dimaklumkan tentang seorang kakitangannya yang menzahirkan kenyataan bersifat diskriminasi terhadap seorang calon yang hadir untuk ditemuduga.



Tidak lama selepas kenyataan pertama itu, PrimaDeli mengeluarkan kenyataan kedua di Facebook, mengesahkan tindakan pemecatan yang diambil terhadap seorang kakitangannya.



"Kami memandang serius dan tidak bertolak ansur pada sikap sedemikian. Kakitangan itu telah dipecat serta-merta.



"Kami telah menghubungi secara peribadi dan memohon maaf dengan ikhlas terhadap calon yang dinyatakan. Kami juga ingin memohon maaf kepada masyarakat amnya berhubung perkara yang berlaku.



"Di PrimaDeli kami percaya dalam memberikan hak yang adil dan saksama kepada semua kakitangan di syarikat kami; kami menilai kelakonan dan kesesuaian berdasarkan keupayaan dan pencapaian."



Ramai pengguna Facebook mengecam sikap kakitangan itu dan turut menyambut baik ketegasan PrimaDeli dalam memecat kakitangan berkenaan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >