Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program anjuran Pusat Harmoni tingkat persefahaman antara agama

Dikunjungi lebih 70,000 - dengan lebih separuh merupakan bukan Muslim - sejak dibuka
Sep 13, 2021 | 05:30 AM



PUSAT Harmoni yang menjadi wadah bagi bukan Islam memenuhi minat belajar tentang Islam dan perpaduan sosial di Singapura menyaksikan pusat itu dikunjungi lebih 70,000 pengunjung sejak mula dibuka.



Jumlah permintaan kunjungan itu dari semasa ke semasa meningkat apabila sesuatu kejadian berkaitan Islam berlaku di luar negara atau di dalam negara.



Ketua Pusat Harmoni, Ustazah Liyana Rosli Asmara memberitahu Berita Harian bahawa insiden serangan pengganas 9/11 secara tidak langsung telah membuka minat bukan Islam untuk mengetahui tentang Islam.



"Kami mendapati terdapat banyak soalan yang meminta saranan buat bahan bacaan mengenai Islam dan juga permintaan untuk menjelaskan isu-isu semasa dan isu kontemporari yang memerlukan perspektif Islam.



"Contohnya isu peranan masjid, budaya masyarakat Islam, isu halal dan sebagainya," ujar Ustazah Liyana.



Menurut beliau, sejak Pusat Harmoni ditubuhkan pada 2006, lebih 60 peratus masyarakat yang datang berkunjung ke pusat yang terletak di Masjid An-Nahdhah itu adalah mereka yang terdiri dari yang bukan beragama Islam.



"Sambutannya sentiasa menggalakkan. Tinjauan kami mendapati lebih dari 80 peratus di kalangan peserta yang mengikut program kami bersetuju bahawa program anjuran Pusat Harmoni membantu mereka memahami Islam dan masyarakat Islam.



"Ia juga mendorong mereka untuk menghargai perbezaan pendapat dan amalan di kalangan mereka yang berlainan agama. Kami berpendapat salah satu jalan penyelesaian untuk mempereratkan hubungan silang agama di kalangan masyarakat Islam ialah menyiapkan ruang pembelajaran dan perbincangan di ruang yang selamat untuk membantu masyarakat yang berlainan agama memahami Islam melalui sumber yang sahih."



Menurut Ustazah Liyana lagi, setiap kunjungan ke pusat harmoni akan diakhiri dengan sesi soal jawab berkenaan Islam dan masyarakat Islam.



Tambah beliau lagi, Pusat Harmoni menganjurkan banyak sesi perbincangan secara terbuka dan dialog buat masyakat Islam sendiri dan mereka yang bukan Islam. Malah, katanya pihaknya mengambil masa yang lama untuk menjelaskan konsep Islamofobia dan sebab berlakunya Islamofobia.



Ustazah Liyana mula mengambil alih jawatan sebagai ketua pusat tersebut bagi menggantikan Ustaz Mohamed Ali Atan mulai 1 Julai 2020.



Di bawah pimpinan Ustaz Ali sebelum ini, beliau bertanggungjawab membina hubungan baik dengan para pemimpin dan aktivis agama.



Menurut Ustazah Liyana lagi, Pusat Harmoni sentiasa menekankan usaha menjalin hubungan kaum dan agama yang positif serta membina mesti diteruskan.



Dengan kehadiran pelbagai tokoh agama, cendekiawan, pemimpin silang agama serta budaya dan aktivis masyarakat berbincang, bertukar-tukar idea, mengetengahkan isu, cabaran, dan membincangkan huraian-huraiannya mengikut konteks semasa.



Penglibatan masyarakat biasa dari dalam dan luar negara turut menambah nilai kepada mutu perbincangan dan persefahaman di kalangan masyarakat.



"Sebagai masyarakat beragama, kita benar-benar menghargai keharmonian, rasa hormat dan kehidupan yang penuh kasih sayang.



"Kami banyak melakukan tugas di 'belakang tabir'. Kami banyak membantu meneliti bahan tulisan mengenai Islam dan masyarakat Islam khususnya dari badan bukan beragama Islam.



"Kami juga membantu menghuraikan isu-isu sensitif melibatkan hubungan silang agama seperti menganjurkan sesi dialog dengan individu atau kumpulan yang mempunyai tanggapan negatif terhadap Islam,'' ujar Ustazah Liyana.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >