Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program baru bagi pupuk pemimpin badan Melayu generasi seterusnya

Masagos: Tunas Bersama M³ akan perkukuh kerjasama Mendaki, badan Melayu/Islam bagi pertingkat kehidupan masyarakat, bantu pembangunan pemimpin pelapis
Jun 14, 2021 | 05:30 AM



YAYASAN Mendaki akan terus bekerjasama dengan badan Melayu/Islam (MMO) menerusi Forum Pemimpin Masyarakat (CLF) dan M Kuasa Tiga (M³) untuk mempertingkat kehidupan masyarakat, dengan memperkukuh kerjasama bersama mereka melalui sebuah program baru, Tunas Bersama M³.



Ini dinyatakan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semasa mesyuarat agung tahunan (AGM) badan bantu diri itu kelmarin.



"Program yang dibuka kepada mereka yang berumur 35 hingga 45 tahun ini bertujuan menyokong MMO kita dalam memupuk pemimpin generasi seterusnya, melengkapkan mereka dengan pengetahuan, kemahiran dan rangkaian untuk memimpin masyarakat dan pertubuhan masing-masing pada tahun-tahun mendatang," kata beliau, yang juga pengerusi Mendaki.



Semalam, Mendaki memberitahu Berita Harian program itu, yang bertujuan memperkukuh pembangunan kepimpinan lapisan muda dalam MMO, akan bermula pada Oktober dengan mengenal pasti pesertanya.



Program tadbir urus dan kepimpinannya akan menyusuli awal tahun depan.



Semasa AGM itu, Encik Masagos berkata Mendaki ingin bekerjasama dengan MMO yang mempunyai program baik dan boleh menyumbang agar mereka dapat memberi manfaat kepada lebih ramai keluarga Melayu/Islam.



Ini akan dilakukan menerusi pembiayaan CLF dan dengan memanfaatkan wadah M³. Mendaki juga akan memperuntuk sumber untuk memperkukuh kerjasama itu.



Program itu akan disertai tidak lebih 30 orang dan dijalankan selama tiga tahun.



Menggariskan tiga inisiatif demi mempertingkat dan membangunkan pertubuhan yang mereka pimpin, Encik Masagos berkata pertama ialah membolehkan peserta membina rangkaian sesama mereka agar memupuk hubungan bekerja baik.



Kedua, menyediakan peluang bagi mereka menyertai program latihan yang memberi tumpuan pada tadbir urus dan kepimpinan.



"Akhir sekali, peluang untuk berinteraksi dengan pemimpin, sama ada dalam sektor pemerintah, perniagaan dan keagamaan kita, untuk mengadakan perbualan informal bersama kami dan dapat berkongsi antara satu sama lain aspirasi kami, cabaran kami, kekangan kami," katanya.



Bagi menghasilkan program untuk peserta, sebuah jawatankuasa terdiri daripada 10 pemimpin muda MMO telah dibentuk. Ia dipengerusikan Encik Masagos



Seorang ahli jawatankuasa itu, presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) Hazlina Abdul Halim berkata beliau berbesar hati program tersebut membolehkan pemimpin muda menghasilkan inisiatif bagi manfaat wanita dan masyarakat.



Dengan mempelajari amalan terbaik, mengasah keupayaan menyelesaikan masalah, dan bekerjasama, mereka boleh membuat perbezaan dalam masyarakat, kata beliau.



Naib presiden Pertapis, Encik Firdaus D'Cruz, yang juga anggota jawatankuasa itu, berkata program pembangunan lebih berstruktur bagi pemimpin muda membolehkan mereka memperluas dan mempertingkat pemahaman tentang isu di peringkat masyarakat dan nasional.



Seorang lagi anggota, timbalan presiden Karyawan India Muslim (IM.PROF) Hamid Rahmatullah, berharap dapat memupuk hubungan kerja lebih rapat dan bertukar-tukar idea bersama ahli lain.



"Tentunya, ini akan mempertingkat kesan pertubuhan dan sinergi lebih besar, dalam mewujudkan lebih banyak inisiatif berkesan untuk masyarakat dan harap-harap bagi masyarakat lebih luas," ujar Dr Hamid.




JAWATANKUASA TUNAS BERSAMA M³ 



1. Cik Hazlina Abdul Halim, Presiden PPIS



2. Ustaz Muhammad Azri Azman, Presiden Persatuan Muhammadiyah



3. Encik D'Cruz Firdaus Lionel Wilfred, Naib Presiden II Pertapis



4. Cik Nurul Asyiqin Mohsein, Setiausaha Masjid Abdul Hamid



5. Encik Muhammad Muhtar Ma'arop, Setiausaha Masjid Al-Islah



6. Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Safinah



7. Ustaz Muhammad Zahid Md Zin, Ketua Pegawai Eksekutif Forum Belia Islam (MYF)



8. Encik Fairoz Hassan, Pengerusi M³@CCK



9. Dr Noorul Fatha As'art, Pengerusi M³@Woodlands



10. Dr Hamid Rahmatullah Razak, Timbalan Presiden IM.PROF




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >