Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: TEKAD BAPA

Program galakkan bapa main peranan lebih aktif dalam pembangunan anak

Jan 11, 2022 | 05:30 AM



Pergerakan menggalak peningkatan penglibatan bapa di dalam kehidupan anak-anak kini semakin rancak. BERITA HARIAN meninjau bagaimana seorang bapa yang berhasrat untuk menjadi contoh teladan bagi anak-anaknya, meluangkan masa dan melibatkan diri untuk menyediakan anaknya dengan kemahiran penting di masa depan.




GOLONGAN bapa daripada lebih 120 prasekolah, sekolah rendah dan menengah serta institut pengajian tinggi telah menyertai inisiatif 'Back to School with Dad' 2022 pada 4 dan 5 Januari lalu.



Dianjurkan oleh Pusat Kebapaan (CFF), Ibu Sepanjang Hayat, serta Bapa Sepanjang Hayat dengan kerjasama Keluarga Sepanjang Hayat (FFL), inisiatif tersebut bertujuan menggalakkan bapa memainkan peranan yang lebih aktif dalam perjalanan anak-anak mereka di sekolah.



Menurut Ketua Pendekatan CFF, Encik Eruandee Prayitna, bapa yang sering meluangkan masa dari kerja untuk menghantar anak-anak ke sekolah, dan menulis nota untuk menggalakkan anak-anak mereka memaparkan semangat untuk memainkan peranan yang aktif dalam aspek pembagunan anak-anak mereka terutama sekali dari segi perjalanan persekolahan.



"Tindakkan mereka akan membentuk kenangan berharga bersama anak-anak mereka semasa mereka membesar.



"Ini menjadikan anak-anak mereka berasa selamat dan membantu mereka menghadapi cabaran dalam hidup terutama sekali apabila mereka mengetahui bahawa bapa mereka akan sentiasa bersama dan menyokong mereka," jelasnya.



Oleh itu, kejayaan inisiatif 'Back to School with Dad' menunjukkan bahawa lebih ramai lagi bapa yang kian memikul tanggungjawab memainkan peranan aktif dalam pembangunan anak-anak mereka.



Bapa Sepanjang Hayat (BSH) merupakan gerakan kebapaan kebangsaan di bawah CFF.



Ia juga menganjurkan 'BSH Sekolah Bapa' yang berfungsi sebagai platform untuk bapa melengkapkan diri mereka dengan kemahiran, alat dan sumber kebapaan yang sesuai untuk semua jenis bapa yang berbeza umur dan pengalaman.



Kini BSH sedang merancangkan beberapa program kebapaan.



Banyak program menarik akan dianjurkan terutama sekali pada Bulan Kebapaan pada September ini.



Bapa yang memerlukan sokongan boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman http://bshsekolahbapa.com atau menerusi akaun Facebook Bapa Sepanjang Hayat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >