Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program ijazah baru bagi jururawat berdaftar

Dec 08, 2022 | 05:30 AM



JURURAWAT berdaftar boleh mengikuti satu program ijazah baru yang membolehkan mereka dilengkapi dengan pengetahuan pakar dan kemahiran yang diperlukan untuk membolehkan mereka memberikan penjagaan terbaik bagi pesakit yang dijaga mereka.



Program Sarjana Muda Sains Kejururawatan (Tambahan) ini dilancarkan oleh Kaplan Singapore dan rakan universitinya di United Kingdom (UK), Universiti Northumbria, minggu lalu.



Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru ini, Kaplan berkata program baru ini bertujuan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk jururawat yang berkelayakan.



Ia sejajar dengan bilangan penduduk yang semakin lanjut usia, dan juga peningkatan golongan yang menghidapi penyakit kronik di Singapura.



Sebelum ini, Kementerian Kesihatan (MOH) menganggarkan sekitar 24,000 lagi jururawat terlatih dan kakitangan penjagaan kesihatan diperlukan menjelang 2030 untuk memenuhi keperluan ini.



Menurut Pengarah Komunikasi Kaplan Singapore, Cik Noraizah Zainal Abidin, program baru ini dapat menyumbang dan melengkapi pelbagai usaha pemerintah untuk memenuhi keperluan tersebut.



"Pemerintah mungkin mempunyai pelbagai dasar untuk menangani keadaan.



"Kami pula berharap dapat menawarkan latihan pendidikan untuk melengkapkan usaha pemerintah dan meningkatkan kemahiran para jururawat kami di sini," jelasnya.



Program baru ini akan disediakan melalui blended learning atau pembelajaran gabungan supaya Jururawat Berdaftar boleh memilih untuk belajar sambil bekerja.



Ini memberi para jururawat pilihan untuk menghabiskan pengajian mereka dalam tempoh 24 bulan secara sambilan.



Untuk mengoptimumkan pembelajaran mereka, Cik Noraizah berkata pelajaran akan dibimbing oleh fakulti kejururawatan yang berkelayakan dan berdaftar dari Universiti Northumbria melalui antaranya kelas fizikal, pembelajaran hibrid dan pembelajaran dalam talian melalui ceramah, seminar, kelas tutorial dan bengkel.



"Kami memahami bahawa ramai di antara mereka yang bekerja sebagai jururawat mempunyai syif pekerjaan yang berbeza.



"Jadi dengan fleksibiliti ini, kami berharap dapat memenuhi keperluan jururawat dan membantu mereka belajar dengan lebih selesa," kata Cik Noraizah.



Menurutnya, program tersebut telah direka oleh pasukan pendidik jururawat pakar dengan subjek dan pembangunan pedagogi yang berpengalaman.



Kurikulum ditawarkan adalah selaras dengan Kecekapan Teras Lembaga Jururawat Singapura untuk Jururawat Berdaftar dan terdiri daripada lapan modul yang direka untuk membolehkan jururawat memenuhi keperluan penjagaan kesihatan Singapura.



Antaranya termasuk Inovasi dalam Penjagaan Kesihatan, Mempromosi Kesihatan, Menjaga Warga Emas dengan Keperluan Kompleks serta Menerajui dan Membangunkan latihan.



Permohonan untuk program itu kini dibuka dengan kohort pertama dijangka memulakan pengajian mereka pada Januari depan.



Geran pengambilan sulung bernilai $1,500 akan dihulurkan kepada 50 permohonan pertama program ini.



Mereka yang berminat dengan program tersebut boleh melungsuri https://nu.kaplan.com.sg/nursing/ untuk dapatkan maklumat lebih lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >