Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program jaya tingkat perkembangan kanak-kanak keluarga pendapatan rendah

Oct 14, 2022 | 05:30 AM



KANAK-KANAK prasekolah daripada keluarga berpendapatan rendah dengan keperluan sokongan dalam pembelajaran yang diletakkan di bawah sebuah model bantuan menyeluruh NTUC First Campus (NFC) telah menunjukkan peningkatan dalam pembangunan bahasa dan kognitif mereka, menurut dapatan kajian.



Kemajuan itu juga menunjukkan persediaan kanak-kanak tersebut untuk melangkah masuk ke sekolah rendah.



Kajian itu, yang dijalankan pengendali prasekolah NFC dan Institut Pendidikan Nasional (NIE) dari 2018 hingga tahun lalu, telah meninjau keberkesanan Model Sokongan Kanak-Kanak (CSM) yang dibangunkan NFC pada 2016.



Ia mengikuti perkembangan 58 kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah dari 10 prasekolah My First Skool, dari masa mereka memasuki tadika satu (K1) hingga ke darjah satu.



CSM menyediakan pendekatan bersepadu dalam menangani pelbagai keperluan kanak-kanak dan keluarga berpendapatan rendah melalui program bantuan sosial, pembelajaran, kewangan dan pemakanan serta kesejahteraan.



Dapatan menunjukkan bahawa kanak-kanak itu mencapai markah lebih tinggi dalam prestasi bahasa dan kognitif selepas menerima bantuan di bawah model itu.



Misalnya, kanak-kanak tersebut mencatatkan purata 96.05 markah bagi prestasi bahasa dalam data yang dikumpulkan antara September dengan Disember 2019 - naik daripada purata 92 markah dalam data yang dikumpulkan antara Januari dengan April 2019.



Markah lingkungan 90 hingga 100 menunjukkan bahawa prestasi kanak-kanak adalah setanding dengan rakan sebaya mereka, manakala markah atas 110 adalah melebihi prestasi julat purata.



Penyelidik utama kajian itu, Penolong Profesor Xie Hui Chao, dari NIE berkata: "Markah tersebut telah ditanda aras dengan data normatif kanak-kanak Singapura, yang bermakna prestasi 58 kanak-kanak itu dibandingkan dengan markah rakan sebaya mereka yang lain.



"Markah yang meningkat itu menunjukkan 58 kanak-kanak itu telah merapatkan jurang berbanding rakan sebaya di Singapura. Itu adalah satu kemajuan besar."



Dapatan kajian itu dikongsi dalam satu sesi taklimat media yang diadakan di prasekolah My First Skool di Yung An Road semalam, yang turut dihadiri Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng.



Di bawah CSM, seorang eksekutif pendaya kanak-kanak bekerjasama dengan keluarga berpendapatan rendah untuk mengetahui lebih lanjut isu yang mungkin dihadapi di rumah dan menyediakan bantuan seperti sokongan kewangan dan bengkel keibubapaan. Mereka juga membantu menghubungkan keluarga dengan sumber relevan dalam masyarakat.



Anak-anak pula disediakan pelbagai program di sekolah, seperti Program Sokongan Kanak-Kanak di mana pemudah cara menyokong kegiatan pembelajaran bahasa, celik huruf dan angka dalam kelas untuk kanak-kanak dalam kumpulan kecil.



Sekitar 30,000 kanak-kanak dan keluarga mereka dari 146 prasekolah My First Skool telah meraih manfaat daripada model itu sejauh ini.



Dapatan lain dalam kajian itu juga menunjukkan CSM berkesan walaupun di tengah-tengah gangguan pandemik Covid-19, dengan NFC menyediakan sokongan pembelajaran di rumah.



Encik Ng berkata beliau gembira CSM telah berjaya mempertingkat kehidupan bukan hanya kanak-kanak, malah ibu bapa yang bekerja dan penjaga mereka juga.



"Dengan ketenangan fikiran mengetahui bahawa anak-anak mereka dijaga dengan baik, mereka mempunyai keyakinan dan ruang untuk mempertingkat keadaan keluarga, melalui mendapatkan pekerjaan lebih baik dengan gaji dan prospek lebih baik," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >