Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BAHAS BELANJAWAN - KEMENTERIAN PEMBANGUNAN SOSIAL DAN KELUARGA

Program KidSTART diperluas ke lebih banyak kawasan

Akan perkenal di Choa Chu Kang, Bukit Panjang dan Bukit Batok tahun ini, selain Ang Mo Kio, Sembawang dan Yishun yang diumum Oktober lalu
Mar 06, 2021 | 05:30 AM



PROGRAM KidSTART yang menyediakan sokongan kepada kanak-kanak berusia sehingga enam tahun daripada keluarga berpendapatan rendah akan diperluaskan ke lebih banyak kawasan.



Program itu akan diperkenalkan di Choa Chu Kang, Bukit Panjang dan Bukit Batok pada tahun ini, di samping Ang Mo Kio, Sembawang dan Yishun yang diumumkan pada Oktober tahun lalu.



Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata prasekolah adalah satu faktor penting dalam tahun-tahun awal kanak-kanak dan ia berada dalam strategi luas kementeriannya untuk menyokong keluarga dengan kanak-kanak kecil.



"Kami mahu memberikan setiap anak permulaan yang baik. Sedang kami mempertingkat kemampuan, akses dan mutu prasekolah untuk semua keluarga, kami sedar bahawa kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah mungkin memerlukan lebih banyak bantuan khusus.



"Oleh itu, kami akan memperluaskan KidSTART untuk menyediakan sokongan tambahan pada tahap awal ini," kata beliau.



Mengongsi butiran lanjut, Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, berkata di bawah inisiatif Growing Together with KidSTART, mereka menjalin kerjasama korporat baru bersama SP Group dan The Lego Group, dan memperdalami kerjasama yang wujud bersama Prudential Singapore dan Etonhouse Community Fund.



"Kami akan memanfaatkan relawan individu dan korporat untuk membina hubungan lebih kukuh dan lama bersama keluarga KidSTART," kata beliau.



Dalam pada itu, Encik Masagos turut mengumumkan bahawa sekitar 4,500 peluang pekerjaan dan kemahiran dalam sektor khidmat sosial dan pembangunan awal kanak-kanak, dan bagi individu kurang upaya, akan disediakan menjelang hujung tahun ini.



Ini akan menyokong usaha Majlis Pekerjaan Nasional demi memastikan terdapat peluang bagi rakyat Singapura membangunkan kemahiran relevan bagi kerjaya masa depan dan mendapatkan pekerjaan baru.



Salah satu teras utama dalam usaha itu adalah "pewujudan peluang bagi individu kurang upaya menerusi Program Pintu Terbuka yang sedia ada dan inisiatif baru termasuk program Penempatan dan Latihan, Bekerja Sambil Berlatih, dan Pembangunan Kemahiran", kata Encik Masagos.



MSF, dengan kerjasama Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS), sedang membangunkan 1,200 peluang pekerjaan dan kemahiran dalam sektor khidmat sosial.



Ini merangkumi peranan dalam fungsi korporat dan profesional untuk kedua-dua lulusan baru dan individu pertengahan kerjaya.



Pekerjaan tersebut akan membolehkan agensi khidmat sosial mendapatkan tenaga manusia untuk membantu mereka berubah dan menyesuaikan perkhidmatan mereka dalam norma baru.



Bagi sektor pembangunan awal kanak-kanak pula, Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA) bekerjasama dengan prasekolah dan agensi khidmat sosial sejak Julai tahun lalu untuk mewujudkan hampir 1,000 peluang pekerjaan tambahan.



Ini termasuk pekerjaan jangka pendek bagi rakyat Singapura dan penduduk tetap sebagai penolong pengurusan selamat bagi membantu dalam pelaksanaan langkah pengurusan selamat di prasekolah sementara meneroka penukaran kerjaya kepada sektor pembangunan awal kanak-kanak.



Terdapat juga pekerjaan jangka panjang bagi individu pertengahan kerjaya dilatih sebagai pendidik awal kanak-kanak yang diiktiraf melalui Program Penukaran Profesional (PCP) atau Program Penempatan dan Latihan bagi Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak.



Turut disediakan ialah peranan berkaitan program KidSTART, seperti pengunjung ke rumah, untuk menyokong peluasan program itu.



Dalam pada itu, MSF dan SG Enable akan mewujudkan 1,200 pekerjaan, peluang pelatih dan peningkatan kemahiran bagi individu kurang upaya menerusi program baru dan sedia ada.



Ini termasuk Program Penempatan dan Latihan, dengan individu kurang upaya akan diletakkan dalam pekerjaan bersama majikan dan dilatih bagi peranan sepenuh masa atau kontrak baru.



Majikan yang memanfaatkan program itu akan menerima sokongan gaji 90 peratus daripada pemerintah.



Program Bekerja Sambil Berlatih pula akan membolehkan individu kurang upaya menjalani latihan di tempat kerja dan latihan berstruktur oleh syarikat dalam peluang bekerja sambil belajar sementara dan/atau peluang pelatih.



Di bawah program itu, individu kurang upaya akan menerima elaun yang menggunakan tanda atas 80 peratus daripada gaji bagi peranan serupa, dengan pemerintah akan menyediakan sokongan 70 peratus manakala syarikat pula membayar baki 10 peratus elaun itu.



Program Pembangunan Kemahiran pula menyediakan kursus latihan disesuaikan bagi individu kurang upaya mempertingkat kemahiran. Peserta program ini akan diberi elaun bulanan sehingga $640 sepanjang tempoh latihan mereka.




"Kami mahu memberikan setiap anak permulaan yang baik. Sedang kami mempertingkat kemampuan, akses dan mutu prasekolah untuk semua keluarga, kami sedar bahawa kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah mungkin memerlukan lebih banyak bantuan khusus.

Oleh itu, kami akan memperluaskan KidSTART untuk menyediakan sokongan tambahan pada tahap awal ini."

- Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >