Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program KidSTART sokong pasangan yang kurang sumber, diperluas

Nov 11, 2021 | 05:30 AM



KIDSTART, sebuah program yang bertujuan menyokong pasangan yang kurang sumber dalam perjalanan keibubapaan mereka telah mencapai kemajuan baik untuk menyokong 5,000 kanak-kanak menjelang 2023.



Demikian menurut Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, semalam.



Program tersebut, yang dimulakan pada 2016 dan telah membantu lebih 2,000 keluarga sejauh ini kemudian akan diluaskan kepada lebih banyak kawasan di seluruh negara.



Buat masa ini, kanak-kanak dari 13 estet perumahan di Singapura meraih manfaat daripada KidSTART.



Ini termasuk di Kreta Ayer, Bukit Merah, Taman Jurong, Boon Lay, Geylang Serai, Woodlands, Bedok, Sembawang, Yishun, Ang Mo Kio, Choa Chu Kang, Bukit Panjang dan Bukit Batok.



Keluarga yang menetap di kawasan-kawasan tersebut dan mempunyai kanak-kanak warga Singapura, serta berpendapatan isi rumah bulanan $2,500 ke bawah layak menyertai KidSTART.




PELUASAN SOKONGAN



• Peringkat prasekolah ke bawah



♦ KidSTART bakal sokong 5,000 kanak-kanak jelang 2023.



♦ Program akan diluaskan ke lebih banyak kawasan di Singapura dalam tahun-tahun mendatang.



• Peringkat sekolah rendah dan menengah



♦ Rangkaian Masyarakat Uplift akan diperkenal bermula 2022 secara bertahap.



♦ Lapan lagi kawasan terlibat.



♦ 1,800 pelajar dijangka meraih manfaat setiap tahun.



• Peringkat pasca-menengah



♦ Program Peningkatan Sumber Sekolah Uplift akan libatkan tambahan 24 sekolah rendah dan menengah jelang 2022.



♦ Empat hingga lima guru tambahan akan dikerahkan kepada setiap 24 sekolah di fasa pertama.



♦ Program dijangka sokong 13,000 pelajar dari 100 sekolah dalam tahun-tahun mendatang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >