Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Ekonomi & Kerja
29
0

Beranikan diri dakapi teknologi perawanan

Program latihan Google jadi 'batu loncatan'

Mar 30, 2021 | 05:30 AM



Pengkomputeran awan atau 'cloud computing' semakin digunakan dalam sistem teknologi maklumat (IT). Berdasarkan pencarian kerja dalam gerbang pemadanan kerja, permintaan bagi mereka yang mempunyai kemahiran dalam bidang ini semakin meningkat. Ia termasuk karyawan Melayu/Islam yang ingin menembusi bidang ini yang melengkapi pengetahuan mereka dengan menyertai kursus-kursus yang tersedia ada. BERITA HARIAN melaporkan.




CITA-CITANYA untuk meneroka kerjaya dalam bidang pengkomputeran awan atau cloud computing telah mendorong Cik Nurul Baizura Abdul Rasid untuk mendalami ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk menjejakkan kaki ke dalam bidang itu.



Justeru beliau membuat keputusan untuk menyertai program latihan Skills Ignition SG anjuran syarikat gergasi teknologi Google setelah menerima cadangan dari rakannya mengenai program tersebut.



"Saya fikir ini adalah satu peluang yang baik, jadi saya memutuskan untuk menjalani program ini.



"Tambahan pula, teknologi perawanan merupakan sesuatu yang sedang membangun, di mana hadwe komputer tidak akan digunakan lagi dan akan beralih kepada sistem perawanan," kata Cik Baizura, 25 tahun.



Cik Baizura, yang berminat dengan subjek berkaitan teknologi maklumat (IT), ingin menggabungkan ilmu dari ijazah Sarjana Muda dalam bidang Keselamatan Siber yang sedang diikutinya secara sambilan di Universiti Nasional Singapura (NUS) dengan teknologi perawanan dari program ini untuk kerjayanya di masa depan.



Skills Ignition SG merupakan satu program kerjasama Google, Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB), Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA), dan SkillsFuture Singapore (SSG) dalam usaha menyokong Pakej Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited yang bertujuan memberi peluang latihan dan pengalaman bekerja kepada 3,000 warga Singapura yang tidak bekerja.



Program ini menawarkan dua laluan - salah satu daripadanya memberi fokus kepada menyediakan peluang latihan sambil bekerja di mana peserta akan melalui latihan vokasional pada tiga bulan pertama sebelum melalui pengalaman bekerja di syarikat yang ditempatkan selama enam bulan.



Beliau kini sedang menjalani laluan Place-and-Train (Penempatan dan Latihan) selama sembilan bulan di Google, yang dimulakannya pada Oktober tahun lalu, di bawah inisiatif TechSkills Accelerator (TeSA) yang dijalankan IMDA.



Nasihat beliau, yang mempunyai hasrat untuk menyertai kembali syarikat teknologi gergasi itu setelah selesai menjalankan program latihan ini, kepada mereka yang ingin mencuba program itu untuk mempertingkatkan kemahiran mereka:



"Beranikan diri, walaupun anda tidak mempunyai pengetahuan mengenai teknologi sedemikian, anda akan dibimbing secara menyeluruh."



"Program ini telah membuka mata dan mendedahkan saya dengan lebih mendalam kepada teknologi ini.''




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >