Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ULANG TAHUN KE-40 YAYASAN MENDAK

Program Mendaki dipertingkat setaraf perubahan nasional

Sep 08, 2022 | 05:30 AM



BADAN bantu diri Yayasan Mendaki akan terus meningkatkan skala programnya dan memastikan ia dapat membawa perubahan pada tahap nasional, kata Menteri Negara Kanan (MOM merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, semalam



Semasa sidang media yang membentangkan acara meraikan ulang tahun ke-40 Mendaki sempena Raikan Ilmu, Encik Zaqy berkata ini akan dilakukan dengan memanfaatkan analitik data menerusi Pejabat Penilaian Program (PEO) baru yang ditubuh badan tersebut tahun lalu.



Dalam usaha Mendaki membina masa depan lebih mampan, pejabat itu bertujuan menilai keberkesanan program utama Mendaki, seperti KelasMateMatika (KMM), Skim Tuisyen Mendaki (MTS) dan program pementoran #amPowered.



Memberi contoh, Encik Zaqy, yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Mendaki, berkata dapatan awal penilaian KMM oleh PEO menunjukkan bahawa lebih 80 peratus kanak-kanak yang menyertai KMM tidak memerlukan program sokongan pembelajaran sebaik sahaja memasuki Darjah 1.



Dapatan itu juga menunjukkan bahawa dua faktor - ibu bapa yang menetapkan harapan tinggi terhadap kebolehan anak mereka dan kanak-kanak yang berjaya selesai program KMM - mempunyai kaitan dengan persediaan seorang anak untuk sekolah dan terdapat kurang kemungkinan anak itu memerlukan program sokongan pembelajaran pada Darjah 1.



Dengan dapatan tersebut, Encik Zaqy berkata mereka akan meluaskan skala KMM untuk memberi manfaat kepada 2,500 kanak-kanak pada 2023.



Jumlah ini berbeza daripada apabila ia mula diperkenalkan pada 2018 dengan hanya 97 pelajar.



Bagaimanapun, Encik Zaqy akur bahawa sebelum skala program-program dapat diluaskan, Mendaki memerlukan sumber.



"Sejauh ini, hasil berlebihan Mendaki yang telah dikumpulkan sepanjang tahun-tahun lalu menerusi pengurusan sumber yang betul telah membantu memastikan bahawa kita boleh mengurangkan kesan ketidaktentuan dan bersedia bagi perbelanjaan lebih besar untuk menyokong masyarakat Melayu/Islam kita dalam kejadian kecemasan atau keadaan yang tidak dijangkakan seperti pandemik Covid-19 buat sekurang-kurangnya dua tahun.



"Namun, ini tidak cukup. Kita memerlukan sumbangan, derma dan sokongan berterusan masyarakat bagi memastikan model yang lebih mampan bagi jangka masa panjang dalam perjalanan kita untuk menaikkan kedudukan generasi kini dan masa depan dalam masyarakat," katanya.



Semalam, Encik Zaqy turut mengumumkan bahawa Mendaki akan memberi anugerah baru, Anugerah Sanjungan Budi, di majlis meraikan ulang tahun ke-40 Mendaki pada 1 Oktober ini.



Anugerah tersebut bertujuan mengiktiraf individu yang telah banyak menyumbang kepada masyarakat Melayu/Islam dalam bidang pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat menerusi Mendaki selama sekurang-kurangnya 20 tahun.



Menurut Encik Zaqy, masyarakat Melayu telah mencatatkan kemajuan besar dalam peperiksaan nasional, dan ini boleh dilihat menerusi peningkatan dalam jumlah pelajar Melayu yang tamat pengajian universiti dan diberi Kepujian Kelas Pertama.



Ini, katanya, dapat dicapai disebabkan sokongan semua orang dalam masyarakat.



"Kami harap melalui semangat gotong-royong - yang terbina sejak 40 tahun lalu - kita dapat meraih lebih banyak kejayaan di masa hadapan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >