Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program pacu bakat digital tingkat kemahiran baru dalam diri pelajar kurang upaya

May 26, 2021 | 05:30 AM



KETIKA beliau sedang membesar Cik Nur Sabrina Suhaimi selalu merasakan bahawa orang ramai melihatnya dengan pandangan yang berbeza kerana kecacatannya.



Penyakit saraf atau polineuropati yang dihidapinya yang melemahkan kaki dan tangannya pada usia empat tahun, membuatnya tidak mempunyai keyakinan diri.



Beliau menghadapi cabaran fizikal untuk berjalan dan bergerak kerana otot yang lemah dan kadangkala merasa dirinya sebagai satu beban kepada orang lain.



Namun, melalui program pemacu bakat digital (TAP) bagi pelajar yang tamat pengajian serta alumni yang kurang upaya, lulusan Diploma Reka Bentuk Komunikasi (CMD) itu dapat mempelajari bagaimana beliau dapat menyumbang kepada masyarakat yang inklusif.



Program selama 11 minggu, yang dijalankan oleh Politeknik Temasek (TP) dengan kerjasama Sumitomo Life Insurance itu bertujuan untuk melengkapkan para peserta kurang upaya dengan kemahiran untuk peranan dalam permintaan dalam industri digital.



Di tengah-tengah pandemik Covid-19 di mana agak mencabar bagi seseorang mendapat pekerjaan, Cik Sabrina bersyukur sekolahnya amat prihatin terhadap nasib mereka yang kurang upaya.



TAP telah memberinya peluang untuk mendalami dunia pekerjaan dengan semua lapisan masyarakat serta meningkat kemahiran digitalnya.



"Selain meningkatkan kemahiran digital, program ini merupakan peluang yang baik bagi saya untuk memperoleh kelayakan peringkat industri serta mengenali jangkaan dunia pekerjaan nanti," kata Cik Nur Sabrina, 19 tahun, yang bercita-cita menjadi seorang pereka grafik.



Melalui program ini, para peserta dapat meningkatkan kemahiran digital dan mendapat pensijilan melalui kursus dalam talian oleh Bloomberg, Facebook, Tableau dan Microsoft.



Selain itu, mereka juga berpeluang mendapatkan latihan kerjaya dan bimbingan peribadi daripada individu kurang upaya yang sudah bekerja di industri ini.



Mengalu-alukan inisitif ini, anak kedua daripada tiga beradik itu berkata dengan adanya program seperti ini, ia memberi lebih peluang kepada orang lain sepertinya untuk mendapat peluang yang sama.



"Melalui program seperti ini, ia akan mengubah stigma masyarakat secara amnya mengenai mereka yang kurang upaya.



"Dengan menjadi sebahagian daripada ruang yang inklusif dan selamat ini, saya tidak rasa sendirian dan tidak mengapa jika saya tidak rasa ok.



"Saya rasa penting bagi kita selalu ingat untuk melihat dunia dengan perspektif yang berbeza dan belajar berempati terhadap orang lain," tambahnya.



Ditanya rancangannya pada masa akan datang, Cik Sabrina berkata beliau merancang untuk meningkatkan kemahirannya dengan mengikuti program posdiploma pekerjaan-pembelajaran SkillsFuture di TP.



"Buat sementara ini, melanjutkan pelajaran ke universiti bukan keutamaan saya kerana saya ingin mendapatkan lebih banyak pengalaman dalam industri reka bentuk dan mempraktikkan kemahiran saya sebelum melanjutkan pelajaran pada masa akan datang," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >