Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Program sahkan ladang patuh piawaian kebersihan, mesra alam

Pentauliahan baru oleh badan bebas akan dibangunkan Majlis Pentauliahan Singapura dan Agensi Makanan Singapura
Sep 28, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH program pentauliahan baru akan dibangunkan oleh Majlis Pentauliahan Singapura (SAC) dan Agensi Makanan Singapura (SFA) untuk memastikan badan pentauliahan bebas dapat menilai dan mengesahkan dengan cekap, ladang bandar yang mematuhi piawaian kebersihan dan mesra alam yang ditetapkan.



Program itu dijangka siap akhir tahun ini.



Menurut satu kenyataan Enterprise Singapore (ESG) semalam, ladang sayur di bandar tidak lama lagi boleh mengesahkan proses perladangan dan sistem pengurusan mereka untuk memenuhi piawaian yang ditetapkan bagi ladang bandar bersih dan mesra alam.



Piawaian itu yang dibangunkan Majlis Piawaian Singapura (SSC) dan SFA itu - bernama Piawaian Singapura (SS 661): Spesifikasi untuk Ladang Bandar Bersih dan Mesra Alam - menetapkan garis panduan bagi mengurangkan pencemaran dalam pengeluaran makanan dan amalan mampan bagi pengurusan sumber dan sisa di ladang bandar.



ESG berkata piawaian SS 661 bertujuan menyediakan kayu ukur kebersihan dan mesra alam yang boleh diukur tentang cara sayur ditanam, dibungkus, disimpan dan dikirimkan, demi menangani keperluan pengguna bagi sayur bebas racun perosak dan dihasilkan secara mampan.



Antara kriteria itu ialah ladang harus terletak jauh dari zon perindustrian dan tempat mengumpul sampal, ladang harus gunakan benih tidak dirawat atau diselaputi racun perosak kimia.



Selain itu, dalam menguruskan isu tenaga, ladang perlu menggunakan lampu jimat tenaga sebagai sumber cahaya utama bagi penanaman tanaman bagi mengurangkan kos tenaga.



Menjelaskan lebih lanjut, Pengarah Agung (Mutu dan Kecemerlangan) ESG, Cik Choy Sauw Kook, berkata dalam kenyataannya bahawa piawaian dan pentauliahan melengkapi satu sama lain.



"Piawaian menetapkan garis panduan mutu manakala pentauliahan mengesahkan petanda mutu yang diamalkan.



"Sedang pengguna menuntut ketelusan lebih tinggi tentang cara makanan disumberkan, dihasilkan dan diproses, perniagaan tempatan kita boleh membezakan diri mereka daripada persaingan dalam dan luar negara apabila mereka disahkan dan diiktiraf secara rasmi, sebagai pejuang mutu dan kemampanan makanan," ujar beliau.



Cik Choy menambah bahawa rangka kerja mutu yang ditubuhkan oleh SSC dan SAC untuk ladang tempatan akan meningkatkan mutu industri.



Pengerusi SAC, Encik Tan Kai Hoe, berkata mutu dan piawaian semakin penting dalam industri dalam sekitaran pasca-Covid-19.



Ini sedang perniagaan mengutamakan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam rantai bekalan bagi mencapai hasil berdaya tahan dan mampan.



"Menerusi pentauliahan ini, SAC komited untuk membangunkan prasarana bermutu serta keupayaan perniagaan dan tenaga kerja bagi menyokong peralihan syarikat ke model perniagaan lebih bersih dan mesra alam," ujarnya.



Sementara itu, dalam semakan prestasi bagi tahun kewangan 2020, SSC telah membangunkan atau menyemak sebanyak 142 piawaian dan 48 piawaian sudah diterbitkan.



Usahanya telah memberi kesan kepada 4,465 pertubuhan.



Bagi SAC pula, ia mengeluarkan 33 sijil pentauliahan baru manakala 116 pentauliahan diperbaharui bagi tahun kewangan 2020.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >