BERZUMBA dan menonton wayang sambil beramal.
Orang ramai boleh melakukan demikian menerusi dua kegiatan anjuran badan bantuan kemanusiaan Mercy Relief.
Pada 12 Julai, orang ramai boleh menyertai acara zumba bersama instruktor Zhywee, Nira, James dan Jasmine di The Arena, Our Tampines Hub.
Tiket berharga $18 bagi individu dan $15 seorang jika anda membeli bagi sekumpulan 10 orang.
Peserta juga akan mendapat beg cenderahati percuma.
Untuk mendapatkan tiket ke acara ini, orang ramai boleh melungsuri laman web www.giving.sg/mercy-relief/zumba.
Selain itu, orang ramai juga boleh menyumbang dengan mendapatkan tiket wayang untuk menonton filem 'Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw' pada 4 Ogos di Festive Arts Theatre, Our Tampines Hub.
Tiket berharga $30 (satu tiket standard serta satu kombo bertih jagung dan minuman), $50 (satu tiket premier serta satu kombo bertih jagung dan minuman) atau $100 (satu tiket VIP, satu kombo bertih jagung dan minuman dan sesi cocktail).
Kesemua hasil yang diraih daripada penjualan tiket akan menyokong program pembangunan Mercy Relief yang bertujuan mempertingkat dan memperkasa masyarakat di Asia.
Untuk mendapatkan tiket ke acara ini, orang ramai boleh melungsuri laman web www.giving.sg/mercy-relief/moviecharity2019.
Penderma juga boleh menikmati pengurangan cukai.