Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Projek naik taraf landasan lapangan terbang Jakarta siap jelang Jan 2018

Nov 22, 2016 | 11:20 AM



KERJA menaik taraf landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di pinggir Jakarta akan siap menjelang Januari 2018.



Kos yang ditanggung pengendali lapangan terbang Angkasa Pura II, sebuah syarikat milik negara, ialah kira-kira 250 bilion rupiah ($26 juta), kata setiausaha korporat yang juga ketua hal ehwal undang-undang syarikat tersebut, Encik Agus Haryadi, dalam satu laporan dalam berita Tempo pada Selasa (22 Nov).



Menurut Angkasa Pura II, projek itu bertujuan memperkukuh landasan 'Utara' lapangan terbang tersebut, bagi membolehkan pesawat badan lebar seperti Boeing B-777 membawa muatan maksimum.



Encik Agus berkata pembinaan bermula bulan lepas dan dijangka siap dalam tempoh 15 bulan.



Lapangan terbang itu mempunyai dua landasan selari - Utara dan Selatan - yang setiap satu kira-kira 3.6km panjang dan 60m lebar.



Terdapat tiga bangunan terminal di lapangan terbang itu, yang menyediakan perkhidmatan kepada lebih 50 syarikat penerbangan domestik dan asing.



Pada Isnin, Singapore Airlines (SIA) berkata ia telah diberitahu oleh pihak berkuasa Indonesia supaya mengurangkan penerbangan sedia ada ke Jakarta kerana kerja naik taraf itu.



Oleh itu, SIA mengurangkan lima penerbangan ke Jakarta setiap minggu, mulai 1 Disember. Penerbangan terjejas ialah SQ962 dan SQ963 pada Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Sabtu.



Ini hanya beberapa minggu selepas ia mengumumkan pembatalan perkhidmatan Singapura-Jakarta-Sydney baru atas sebab yang sama.



SIA menyediakan 63 penerbangan seminggu ke dan dari Jakarta sejak Julai 2013.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >