Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ISU RUANG UDARA-LAUT SINGAPURA-MALAYSIA

Prosedur penerbangan di Seletar tak jejas operasi pelabuhan Pasir Gudang

Dec 13, 2018 | 05:30 AM



PROSEDUR penerbangan di Lapangan Terbang Seletar tidak menimbulkan risiko kepada operasi di pelabuhan Pasir Gudang, kata Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan.



Bercakap kepada media semalam, Encik Khaw menekankan rancangan Singapura untuk memperkenalkan Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) bagi Lapangan Terbang Seletar tidak akan menimbulkan sebarang risiko keselamatan kepada operasi di pelabuhan Pasir Gudang di Johor.



ILS menyarankan kepada juruterbang laluan penerbangan yang boleh diambil dari dan menuju ke lapangan terbang tersebut.



Namun, sekiranya isu berhubung ILS itu adalah satu keprihatinan teknikal, Encik Khaw yakin satu huraian yang memuaskan bagi kedua-dua negara boleh dicapai berdasarkan semangat muhibah.



Bagaimanapun, sekiranya alasan teknikal itu digunakan bagi mencetuskan tindakan yang tidak menyenangkan, ia satu perkara lain kata beliau.



"Dalam keadaan sekarang, Malaysia tampak seperti menggunakan alasan teknikal ini untuk mengubah pengurusan ruang udara," ujar Encik Khaw.



Malaysia sebelum ini berkata mereka mahu mengambil semula pengurusan ruang udara di selatan Johor.



Namun, Malaysia, Singapura dan beberapa negara serantau telah bersetuju pada 1973 mengenai aturan pengurusan ruang udara.



Di bawah perjanjian tersebut, Singapura antara lain diberi tanggungjawab menguruskan ruang udara selatan Johor dan ini merangkumi prosedur penerbangan memasuki dan keluar daripada semua lapangan terbang di Singapura.



Aturan itu juga telah diluluskan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).



Satu perjanjian dua hala antara Malaysia dengan Singapura juga ditandatangani pada 1974 untuk mengoperasikan aturan tersebut.



Dalam pertemuan media semalam, Encik Khaw turut melahirkan kemusykilan mengapa isu berkaitan udara dan maritim, iaitu berhubung isu Had Pelabuhan Johor Bahru, dibangkitkan Malaysia.



"Sebagai Menteri Pengangkutan, kita (Malaysia dan Singapura) telah bekerjasama dengan baik selama bertahun-tahun bukan sahaja secara dua hala tetapi juga di peringkat antarabangsa termasuk Asean, Apec (Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik), Sidang Asia Eropah (Asem), Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan Pertubuhan Kelautan Antarabangsa (IMO).



"Kita telah menikmati banyak pencapaian bersama. Namun tiba-tiba Oktober lalu, mereka mulakan pertikaian mengenai ruang udara dan perairan.



"Apakah yang akan ditimbulkan seterusnya? Pengangkutan darat juga? Saya tidak pasti mengapa," ujar beliau.



Sebelum ini, Singapura dan Malaysia telah bersetuju mengadakan pertemuan pada minggu kedua bulan depan untuk bertukar pandangan bagaimana menghuraikan isu sempadan maritim kededua negara.



Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, dan Peguam Negara, Encik Lucien Wong, juga telah bertemu dengan Peguam Negara Malaysia, Encik Tommy Thomas, pada 7 Disember lalu bagi membincangkan isu berhubung sempadan maritim dan beberapa isu lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >